
PMX, USTAZ FAUWAZ, USTAZ FADZIL NOOR & PEMIKIRAN WASATIYAH
June 1, 2025
Malaysia Madani, Masyarakat Membaca, Berbudaya Ilmu – YB TMA
June 2, 2025










Alhamdulillah, saya mengadakan Lawatan Kerja ke Negeri Kelantan Darul Naim, bagi menyantuni rakyat di sana. Saya mulakan dengan menyampaikan ucaptama dalam Konvensyen Madani Belia Islam Kelantan (KOMBIK) 2025 anjuran ABIM Kelantan, di Kota Bharu.
Ramai anak muda yang hadir ke konvensyen ini. Ucapan dasar yang baik oleh YDP ABIM Kelantan. Setinggi tahniah dan diiringi doa setulusnya.

















Saya turut ke Program Himpunan Silang Budaya Panglima Gayong Bersama Pendekar Kelantan–Kedah 2025 anjuran Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah, Pertubuhan Silat Panglima Gayong Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Lebih 15 Pertubuhan Seni Silat dari Kedah, Kelantan, Perlis, Selangor dan Wilayah Persekutuan berhimpun selama dua hari di sini. Suasana sungguh meriah!
Terpukau dengan persembahan anak-anak dan pesilat yang semuanya hebat-hebat belaka. Mengingatkan saya semasa aktif dunia persilatan ketika zaman muda-muda dahulu. Setinggi tahniah kepada penganjur dan semua terlibat.
















Saya menyampaikan perkongsian dalam Bicara Dakwah anjuran YADIM dan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Kelantan. Mengupas topik peranan pesara dalam menjayakan agenda pembangunan Malaysia Madani.
Majlis diikuti dengan sesi dialog bersama pesara-pesara. Banyak juga soalan-soalan yang diajukan. Saya cuba menjawab dan memberikan maklumbalas sebaiknya.
Turut sampaikan sumbangan wang tunai dan Bakul Madani buat para asnaf di sana. Tahniah dan terima kasih YADIM dan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Kelantan.








Menghadiri majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Program Komuniti Sihat MADANI Parlimen Ketereh, Kelantan. Pelbagai acara sukan diadakan untuk komuniti, seperti melastik, karom dan lain-lain. Suasana sungguh meriah!
Turut sampaikan sumbangan Bakul Madani kepada 40 buah keluarga asnaf di sana. Tahniah YADIM Kelantan, Pertubuhan Prihatin Rakyat Kelantan dan semua.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾