Islam, Melayu dan ilmu berpisah tiada – YB TMA

YB TMA Tampil dalam Perkampungan Seni Khat Peringkat Kebangsaan, di Riyadh Restu
June 2, 2025
YB TMA Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Di Istana Negara
June 2, 2025
YB TMA Tampil dalam Perkampungan Seni Khat Peringkat Kebangsaan, di Riyadh Restu
June 2, 2025
YB TMA Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Di Istana Negara
June 2, 2025
Show all

Islam, Melayu dan ilmu berpisah tiada – YB TMA

Menarik pilihan 4 buah buku oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam sesi Telaah di PBAKL semalam iaitu Kemiskinan Melayu dan Jalan Kepulihannya (Za’ba), Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu (Syed Muhammad Naquib al-Attas), Jejak-jejak di Pantai Zaman (Ungku Abdul Aziz), dan Islam dan Melayu (Siddiq Fadzil).

Kesemua buku pilihan ditulis dalam Bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris atau Bahasa Arab dan juga adalah karya ilmuwan tersohor Malaysia bukan negara luar. Pemilihan judul juga sangat menarik dengan tema Islam, Melayu, budaya dan sejarah termasuk ekonomi orang Melayu.

Sudah pasti ada mesej tersendiri dan bermakna mengapa 4 judul dan 4 tokoh hebat Melayu ini dipilih.

Ketinggian dan kehebatan sesuatu bangsa itu adalah kerana keilmuannya. Ketamadunan hanya dapat dicapai menerusi pembudayaan ilmu dalam masyarakat. Sejarah membuktikan orang Melayu hebat dengan ketinggian tamadunnya setelah menerima Islam kerana Islam itu sendiri mengutamakan ilmu.

Saya telah mengusahakan projek kecil menghimpunkan buku dan karya yang disebut dan dirujuk oleh PMX dalam ucapan, syarahan, forum, dialog termasuk semasa mesyuarat. Buku ini saya namakan “Iqra Madani”, dan kini sedang dalam proses untuk cetakan terbaharu, insya-Allah.

Buku ini menyenaraikan buku-buku penting dengan ringkasan yang menjadi rujukan PMX. Pada saya secara peribadi, jika ingin memahami pemikiran dan pandangan sarwa (worldview) PMX dan juga bagi maksud pembinaan daya intelektual, bacalah dan hayatilah buku-buku yang disenaraikan dalam Iqra Madani.

Islam, Melayu dan ilmu berpisah tiada.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support