
Malaysia Madani, Masyarakat Membaca, Berbudaya Ilmu – YB TMA
June 2, 2025
Islam, Melayu dan ilmu berpisah tiada – YB TMA
June 2, 2025









Menerima jemputan Persatuan Seni Khat Kebangsaan ke program Perkampungan Seni Khat Peringkat Kebangsaan dan Mesyuarat Agung Tahunan di Royadh Restu, Sungai Buloh. Meraikan penggiat seni khat dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang berkampung di sini selama dua hari.
Dapat juga bertemu dengan sahabat saya, Ustaz Shahrizal yang memang terkenal dengan kepakaran seni khat sejak zaman universiti lagi. Ustaz Shahrizal maklumkan sepanjang lebih 30 tahun pengalaman dengan persatuan, ini adalah pertama kali pimpinan negara menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Perkampungan Seni Khat Kebangsaan.















Terdahulu, saya melancarkan Koleksi Kaligrafi Batik Jawi oleh Indah Atelier. Gabungan seni batik dan jawi yang kreatif dan indah. Selain nilai komersial yang ada, produk batik jawi ini dapat memberikan manfaat seperti peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar; memandangkan pusat pengeluarannya terletak di Bachok, Kelantan.
Ia juga melibatkan pembangunan bakat muda untuk merekabentuk batik jawi dengan pelbagai corak dan konsep tersendiri. Sempat bertemu dengan pelukis dan penulis khat anak muda yang mengilhamkan pelbagai reka bentuk dan corak batik jawi yang unik dan menarik. Berkebetulan, tandatangan saya juga dalam tulisan Arab-Jawi, jadi saya abadikannya dalam buku koleksi Batik Jawi Kaligrafi.









Malaysia ada ramai bakat hebat seni khat. Ustaz Abdul Baki Abu Bakar merupakan salah seorang penulis khat tersohor dunia yang pernah memenangi pertandingan khat pada peringkat antarabangsa.
Seronok tengok ramai anak muda berbakat mengikuti perkampungan khat kali ini. Sempat berbincang dengan pimpinan persatuan untuk mengembangkan lagi peranan Malaysia dan seni khat di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾