
YB TMA Hadiri Sidang Meja Bulat Madani Muslim Minority NEXUS Global Forum, di IAIS KL
June 2, 2025
YB TMA Adakan Pertemuan Bersama SS Mufti Wilayah Persekutuan
June 5, 2025YB TMA Hadiri Bacaan Yaasin & Doa Selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong















Alhamdulillah, menghadiri Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa. Ramai duta yang hadir meraikan majlis kali ini.
Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni para jemaah khususnya anak-anak kecil, sebelum berangkat meninggalkan majlis. Raja dan rakyat berpisah tiada. 🤲
Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala terus memberkati pemerintahan Seri Paduka Baginda. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku. Allahu Akbar!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





