YB TMA Adakan Pertemuan Bersama SS Mufti Wilayah Persekutuan

YB TMA Hadiri Bacaan Yaasin & Doa Selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong
June 2, 2025
YB TMA Tampil Dalam Seminar Kenegaraan Malaysia Madani, di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Rembau
June 5, 2025
YB TMA Hadiri Bacaan Yaasin & Doa Selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong
June 2, 2025
YB TMA Tampil Dalam Seminar Kenegaraan Malaysia Madani, di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Rembau
June 5, 2025
Show all

YB TMA Adakan Pertemuan Bersama SS Mufti Wilayah Persekutuan

Alhamdulillah, saya mengadakan perbincangan bersama Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan. Saya memang sudah amalkan pertemuan berkala dengan Ketua Agensi di bawah seliaan dari semasa ke semasa.

Perbincangan tidak formal yang lebih santai tetapi berimpak. Saya dan Sahibus Samahah berbincang mengenai pelbagai perkara antaranya agenda memperkukuhkan institusi fatwa dan peranannya memberikan pencerahan, nasihat dan panduan bukan sahaja kepada kerajaan tetapi masyarakat sebaiknya.

Syukur, Sahibus Samahah sudah mempunyai perancangan dan idea-idea bernas yang akan dilaksanakan secara berhikmah dan strategik.

Saya menghadiahkan Sahibus Samahah beberapa buah buku saya dan kopiah istimewa Malaysia Madani. Nampak bergaya dan sesuai Sahibus Samahah dengan kopiah Madani. Sebelum ini, asy-Syeikh Majd Makki, anak murid dan sahabat karib Almarhum Syeikh Yusuf al-Qaradhawi sentiasa memakai kopiah Madani semasa kuliah sepanjang lawatan beliau di Malaysia.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sahibus Samahah. Diiringi doa setulusnya.

Alhamdulillah, terharu dengan semangat pasukan saya. Baru saja saya mohon untuk digerakkan satu projek khas dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Terus mereka telah adakan perbincangan untuk melaksanakannya. Tangkas dan pantas!

Idea ini adalah hasil perbincangan selepas sembang santai baru-baru ini, bersama-sama Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support