
YB TMA Hadiri Majlis Akikah di Sepang
June 11, 2025
YB TMA Tampil Dalam Majlis Qurban Bersama Komuniti, Di Seremban
June 11, 2025




















Alhamdulillah, Solat Sunat Aidiladha di Masjid Putra, mengiringi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan keluarga. Ramai sungguh jemaah, khususnya warga luar negara yang memenuhi Masjid Putra.
Suasana sungguh indah dengan kemeriahan para jemaah mengenakan pakaian tradisi berwarna warni, bersama keluarga mensyukuri nikmat dianugerahi Allah Subhanahu wa-Ta’ala yang tidak terhingga.
PMX turut mendengar bacaan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Korban dan Semangat Kebersamaan’ yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra Putrajaya, Ustaz Muhamad Zakuwa Rodzali.
Khutbah tersebut menekankan kepentingan ibadah korban dalam mendidik sikap kepedulian terhadap orang sekeliling serta melatih amalan bersedekah dan menghindarkan diri daripada sifat tamak.
Usai solat sunat Aidiladha, PMX mengambil kesempatan menyantuni dan bersalaman dengan para jemaah di masjid berkenaan.










Hari Aidiladha kali ini adalah istimewa dengan kehadiran Ma (ibu mertua saya). Berpeluang solat sunat Aidiladha di Masjid Putra dan bertemu PMX dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
PMX sempat lagi bergurau dengan Ma sambil menasihati betapa penting menjaga ibu mertua. Seronok lihat PMX meraikan para jemaah daripada pelbagai latar belakang, dengan penuh hormat dan mesra.
Ibu dan ayah, juga ayah mertua sudah lama meninggalkan kami. Hanya tinggal Ma tempat menumpang kasih. Moga diberi kesihatan dan keberkatan sentiasa, insya-Allah.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





