
PM & YB TMA Solat Aidiladha Bersama 20,000 Jemaah Di Masjid Putra, Putrajaya
June 11, 2025
Henti Kenyataan Sentuh Sensitiviti Ibadah Korban – YB TMA
June 11, 2025











Alhamdulillah, usai Solat Sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya, saya terus bergerak ke Surau Taman Dato’ Shahbandar, Ampangan, Seremban untuk Majlis Qurban Bersama Komuniti. Syukur, ramai yang hadir membantu dan memeriahkan majlis korban kali ini.
Amalan gotong-royong perlu terus kita sama-sama suburkan. Seperti biasa, saya sendiri melakukan sembelihan. Tugas menjadi mudah dengan bantuan penduduk kawasan yang mahir-mahir belaka menguruskan korban.
Mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada jawatankuasa, sukarelawan dan seluruh ahli kariah yang membantu menguruskan majlis korban tahun ini.



Syukur, artikel tulisan saya berkenaan Ibrah Haji menerusi Kisah Malcolm X dan Snouck Hurgronje telah diterbitkan. Atas semangat #IhsanUntukPalestin, tatkala kita meraikan kemeriahan menyambut Aidiladha, janganlah kita lupa mendoakan saudara kita di Gaza dan seluruh dunia.
Semoga ibadah korban ini diterima Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





