
Henti Kenyataan Sentuh Sensitiviti Ibadah Korban – YB TMA
June 11, 2025
YB TMA Kecam Penculikan Aktivis Kapal Bantuan Madleen
June 11, 2025





Air mata kasih…
Rasa hiba dan terharu dengan keprihatinan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim – yang berkenan menyantuni waris mangsa pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB). Melangkaui protokol, merentas makna jiwa.
Baginda berdua cukup dikenali sebagai pemerintah berjiwa rakyat yang sentiasa mengambil berat terhadap kesulitan yang melanda rakyat. Sultan berjiwa rakyat. Nyata, Raja dan rakyat berpisah tiada.
Salam takziah kepada ahli keluarga mangsa dan warga UPSI.
“Ya Allah, ampunilah mereka, belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosa mereka.”




Lambaian terakhir kepada orang tua mereka… pergi membawa harapan, pulang membawa duka. Semoga keluarga mangsa-mangsa yang terkorban tabah dan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat.
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya lah kita kembali. Saya secara peribadi merakam ucapan takziah di atas pemergian – 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Perak.
Antara yang terkorban, Almarhumah Sufea Adila Binti Maslihaizan, Exco Dakwah dan Pembangunan Insan Rakan Siswa YADIM. Mereka dilaporkan maut dalam kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa mereka dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza kira-kira jam 1:10 pagi.
Bas berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menuju ke kampus UPSI di Tanjung Malim. Moga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum. Al-Fatihah.




