Istana Negara Agih Daging Korban Kepada 14,000 Penerima, Termasuk Asnaf

YB TMA Saksikan Harimau Malaya Tewaskan Vietnam, 4-0, di Bukit Jalil
June 11, 2025
PMX, Idea Mancur Olson & Konsep Al-Islah Mastata’tu
June 13, 2025
YB TMA Saksikan Harimau Malaya Tewaskan Vietnam, 4-0, di Bukit Jalil
June 11, 2025
PMX, Idea Mancur Olson & Konsep Al-Islah Mastata’tu
June 13, 2025
Show all

Istana Negara Agih Daging Korban Kepada 14,000 Penerima, Termasuk Asnaf

Alhamdulillah, hadir dalam Program Agihan Daging Korban Kurniaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 1446H/2025M yang diadakan di perkarangan JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

KDYMM SPB YDPA Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan sebanyak 100 ekor lembu bagi tujuan ibadah korban sunat pada tahun ini, sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada warga perkhidmatan awam.

Sebanyak 14,000 individu termasuk golongan asnaf menerima agihan daging korban hasil sumbangan KDYMM SPB YDPA, melibatkan 100 ekor lembu. Selain golongan asnaf, daging korban turut diagihkan kepada warga Istana Negara, golongan B40, rumah anak yatim, sekolah tahfiz, pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), serta institusi di bawah MAIWP dan JKMWP.

Inisiatif ini menekankan nilai kasih sayang dan empati, dengan harapan budaya memberi dan berkongsi rezeki dapat dipupuk dalam masyarakat. Setinggi-tinggi junjungan kasih dan sembah takzim dizahirkan ke hadapan KDYMM SPB YDPA atas limpah perkenan dan kurnia yang penuh bermakna ini.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support