
Istana Negara Agih Daging Korban Kepada 14,000 Penerima, Termasuk Asnaf
June 13, 2025
YB TMA Terima Kunjungan Sahabat Pelbagai Latar Belakang, Di Kompleks Islam Putrajaya
June 13, 2025



Semasa Mesyuarat Pasca Kabinet Jabatan Perdana Menteri (JPM), YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) memetik nama seorang sarjana ekonomi iaitu Mancur Olson. PMX menyebut secara ringkas idea Mancur Olson ini dan mengaitkannya dengan perkembangan ekonomi hari ini.
Saya terus merujuk beberapa artikel jurnal mengenai pemikiran dan idea besar Mancur Olson. Antara karya beliau paling berpengaruh ialah “The Logic of Collective Action” diikuti dengan “The Rise and Decline of Nations” dan “Power and Prosperity“.
Setelah menelaah beberapa rujukan Mancur Olson, saya mula lebih memahami apa yang dimaksudkan PMX semalam. Hebat bacaan PMX.




Ini mengingatkan saya pada perbualan saya dengan Tan Sri Azman Mokhtar dan PMX sewaktu program di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Ia ada cerita tersendiri. Tan Sri Azman berkongsi dengan saya sebelum ini mengenai inisiatif MIFC Leadership Council Position Paper bertajuk “Establishing Islah Through Islamic Finance“.
Saya memberikan pandangan dengan mengupas Surah Hud Ayat 88 mengenai konsep al-Islah Mastata’tu. Dan saya kongsikan beberapa rujukan berkenaan konsep Islah ini.
Di Sasana Kijang, Tan Sri Azman memaklumkan kepada PMX bahawa saya yang berkongsi berkenaan konsep Islah dalam Surah Hud Ayat 88 dan membantu beliau memahaminya dengan lebih baik.
Saya maklumkan Tan Sri Azman, bahawa sebenarnya PMX lah yang selalu menyebut dan mengupas Ayat 88 Surah Hud ini, sejak dari zaman belianya sehingga hari ini (al-Islah Mastata’tu).





Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
قَالَ يَـٰقَوْمِ أَرَءَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍۢ مِّن رَّبِّى وَرَزَقَنِى مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًۭا ۚ وَمَآ أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَىٰ مَآ أَنْهَىٰكُمْ عَنْهُ ۚ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ ٨٨
Maksudnya: “Nabi Syuaib berkata: “Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya?
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.”
(Surah Hud ayat 88).
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





