
YB TMA Hadiri Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan, Di Parlimen
June 13, 2025
Lawatan Kerja YB TMA ke Tg Malim & Trolak, Perak
June 16, 2025Seputar Wacana Siyasah al-Syari’yyah & Pelancaran Buku “Dialog Politik Islam: Menelusuri Jalan Kesederhanaan”













Alhamdulillah, selesai Wacana Siyasah al-Syari’yyah (WSS) dan Pelancaran buku “Dialog Politik Islam: Menelusuri Jalan Kesederhanaan” anjuran Pejabat YB TMA, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Panel istimewa, Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil dan juga Ustaz Marwan Bukhari.
Ramai yang hadir dari pelbagai negeri dan latar belakang; memenuhi dewan – mendengar dengan tekun wacana yang diadakan. Banyak soalan dan pandangan diutarakan oleh peserta. Sangat interaktif!
Sambutan sangat positif, sehinggakan ada yang menawarkan untuk menganjurkan wacana siyasah ini di negeri-negeri pula.






















Saya merasmi dan melancarkan WSS dan buku “Dialog Politik Islam: Menelusuri Jalan Kesederhanaan” dan juga logo khas WSS. Kami akan meneruskan lagi WSS di tempat-tempat lain demi menyebarkan pemikiran yang wasatiyyah dan damai, insya-Allah.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





