
Seputar Wacana Siyasah al-Syari’yyah & Pelancaran Buku “Dialog Politik Islam: Menelusuri Jalan Kesederhanaan”
June 13, 2025
YB TMA Hadiri Syarahan Perdana Prof. Diraja Syed Naquib Al-Attas, Di Universiti Malaya
June 16, 2025










Mengisi Wacana dan Dialog Madani di UPSI; kali ini menghimpunkan imam, bilal, guru takmir dan pimpinan masyarakat di negeri Perak. Pelbagai soalan dan pandangan dilontarkan oleh para peserta; dan saya cuba memberikan pencerahan dan jawapan sebaiknya.
Gaya penyampaian yang tersusun dengan sandaran data, hujah ilmiah dan pendekatan inklusif menjadikan gagasan Madani lebih jelas dari sudut epistemologi, falsafah pentadbiran, serta kaitannya dengan maqasid syariah dan nilai rukun negara.

Sementara berprogram di Tanjong Malim, singgah sebentar di restoran yang popular di sana – pekena nasi padang yang cukup padu. Alhamdulillah!








Usai acara di UPSI terus bergerak ke Institut Latihan Felda di Trolak untuk Slot Dialog bersama wakil-wakil NGO Negeri Perak. Alhamdulillah, dialog dan perbincangan yang sangat baik.
Program ini merupakan medan pencerahan dan penjernihan persepsi, khususnya dalam menepis anasir-anasir fitnah dan propaganda negatif terhadap gagasan Madani. Ia juga menjadi ruang penerangan dasar-dasar kerajaan yang sedang giat digerakkan dalam pelbagai sektor, terutamanya yang menyentuh aspek agama, masyarakat dan kenegaraan.
Semua nampak bersemangat untuk terus menabur jasa dan bakti. Dialog santai sebegini sangat bagus. Program yang interaktif ini memberi peluang yang luas kepada peserta untuk menyuarakan pandangan dan bertanyakan soalan.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





