
YB TMA Sertai Dialog Islam-Konfusianisme, Komited Perkukuh Harmoni Global
June 18, 2025
Seimbangkan Riadah & Kesibukan Tugasan – YB TMA
June 18, 2025



Menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) yang dipengerusikan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1 dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Dalam mesyuarat yang sama, TPM 1 turut melancarkan inisiatif Women in Halal Industry (WHI).
Secara peribadi, saya berasa sungguh bersyukur kerana menyaksikan banyak perkembangan positif berkenaan sektor halal negara. Saya ada membuat kajian dan menulis mengenai aspek halal menurut perspektif undang-undang sekitar 2006-2007.




Antara yang dilontarkan ketika itu ialah keperluan kepada Akta Halal dan Suruhanjaya Halal. Malaysia sememangnya diiktiraf sebagai peneraju halal dunia. Kita perlu berusaha mengekalkannya malahan meneroka peluang yang lebih besar dan luas pada peringkat dunia.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





