
Tahniah, ABIM Perak Diobat Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2025
June 16, 2025
TPM 1 & YB TMA Hadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH)
June 18, 2025




Alhamdulillah, hadiri Program Dialog Kepimpinan Islam dan Konfusianisme anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Persatuan Konfusian Antarabangsa (ICA). Program ini signifikan dalam membina jambatan persefahaman antara dua peradaban agung dunia.
Hal ini penting dalam usaha mencapai keharmonian serantau dan global, terutama dalam dunia yang semakin kompleks. Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama, Presiden Persatuan Konfusian Antarabangsa, Sun Chunlan dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Datuk Seri Wan Azizah berkata, dialog itu bukan sekadar wacana akademik, sebaliknya wadah memperkukuh solidariti antara tamadun, menolak sikap sinis dan mengelak konflik.






“Hari ini, kita hidup dalam apa yang digelar para sarjana sebagai dunia pasca-normal, di mana kekeliruan sering mengatasi kejelasan. Kemajuan teknologi telah mengubah secara ketara interaksi manusia, hubungan sosial dan komunikasi baik dari segi positif mahupun negatif.
“Kita mengingati bahawa Laksamana Zheng He dan Ibnu Battuta merentasi lautan bukan untuk menakluk, tetapi untuk menghubungkan. Bahawa Ibn Khaldun dan Zhu Xi berusaha bukan untuk mendominasi, tetapi untuk memahami. Bahawa Al-Ghazali dan Confucius percaya pada penguasaan diri, bukan keunggulan,” katanya pada program tersebut di kampus UIAM, Gombak.
Tahniah UIAM dan ICA. Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





