
Perlawanan Persahabatan YB TMA FC & Mufti Wilayah FC Berlangsung Penuh Ceria & Semangat Kesukanan!
June 26, 2025
YB TMA Beri Penghormatan Terakhir Buat Almarhum Ustaz Dr. Muhammad Nur Manuty
June 30, 2025











Alhamdulillah, saya hadiri Simposium Kepimpinan MADANI-Asia Tenggara anjuran IKIM dan WADAH di TAMU Hotel, Kuala Lumpur. Program dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). PMX menegaskan bahawa umat Islam perlu lebih berani tampil menjelaskan nilai Islam yang sebenar agar dapat menghapuskan persepsi negatif terhadap agama tersebut.
Beliau menegaskan bahawa umat Islam di ASEAN perlu membuktikan bahawa mereka mampu menerima nilai sejagat tanpa mengabaikan identiti dan tradisi Islam. Dalam menghadapi Islamofobia, umat Islam harus berani dan rasional dalam menyuarakan pendirian, bukan sekadar mempertahankan diri.











Malaysia dan rantau ini, menurut PMX, memiliki tamadun Islam yang agung dan hidup dalam keadaan aman. PMX turut menekankan bahawa pembangunan ASEAN harus berteraskan nilai, budaya, keadilan sosial dan kemanusiaan, bukan hanya aspek material, demi membina peradaban yang mampan dan berdaya tahan.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah





