
Sekitar Sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M Peringkat Kebangsaan, di MITEC, KL
July 1, 2025
Kerajaan Konsisten Martabatkan Kedudukan Islam di Malaysia – YB TMA
July 2, 2025YB TMA Rasmikan Penutup Wacana Pemikiran Siddiq Fadzil Peringkat Negeri Perak, di Politeknik Ungku Omar





Menyampaikan ucapan di Perasmian Penutup Wacana Bergerak Pemikiran Siddiq Fadzil Peringkat Negeri Perak di Politeknik Ungku Omar. Merasa sebak bila melihat gambar Almarhum Ustaz Dr. Siddiq Fadzil (USF) di layar besar dewan. Tokoh yang banyak berjasa dan sentiasa mendamaikan.
Kita perlu lebih ramai tokoh sebegini. Dalam masa yang sama gembira dapat bertemu dengan sahabat-sahabat dan guru-guru saya. Mengupas pemikiran USF sememangnya antara minat saya. Secara spontan tanpa teks, saya cuba mengulas pemikiran dan sumbangan USF yang sangat signifikan.
Pada awal ucapan, saya menyebut mengapa YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) memilih buku “Islam dan Melayu” karya USF sebagai antara buku pilihan semasa Slot Telaah di PBAKL baru-baru ini.








Kemudian, saya merumuskan dan mengetengahkan pemikiran dan gagasan penting USF merangkumi tema Islam dan Melayu, pendidikan al-hikmah, politik wasatiy, maqasid al-Shariah, manhaj Maliziy, fiqh al-taayush, al-muwatinun, karamah insaniyah, pengurusan ekonomi Nabi Yusuf dan lain-lain.
Tahniah kepada semua atas penganjuran wacana yang sangat baik ini. Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat!
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu #RancakkanMadani
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah