
YB TMA Rasmikan Penutup Wacana Pemikiran Siddiq Fadzil Peringkat Negeri Perak, di Politeknik Ungku Omar
July 1, 2025
YB TMA Santuni Komuniti Wangsa Maju & Hadiri Walimatul Urus Anakanda Prof Mohamed Aslam
July 2, 2025











Alhamdulillah, saya menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-73, yang dipengerusikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Baginda bertitah, Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam telah memperkenalkan dimensi baharu dalam tadbir urus ketika memimpin kota Madinah, dengan menjadikan prinsip kedaulatan undang-undang sebagai asas pemerintahan melalui penggubalan Perlembagaan Madinah.
“Negara Islam pertama di Madinah dibangunkan atas dukungan rakyat pelbagai kaum, puak, kabilah serta pegangan agama yang berlainan, tergubal dalam Perlembagaan berkenaan komponen-komponen kesetiaan, kerjasama, toleransi, hormat-menghormati serta jaminan keadilan dan perlindungan saksama kepada setiap penduduk meskipun berlainan agama, kaum, puak dan kabilah.” titah Baginda.
DYMM Sultan Nazrin bertitah Perlembagaan Persekutuan yang digubal ketika kemerdekaan turut mengangkat prinsip yang serupa, berpaksikan pemerintahan berperlembagaan, demokrasi berparlimen serta semangat muafakat antara kaum serta agama.












Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri Malaysia sebagai Timbalan Pengerusi MKI; YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); serta ahli-ahli MKI yang terdiri daripada wakil negeri-negeri dan pakar dalam pelbagai bidang berkaitan hal ehwal Islam yang diadakan di Palm Garden Hotel, Putrajaya.
Kerajaan komited dan terus berusaha sedaya upaya dengan kapasiti yang ada untuk memartabatkan kedudukan Islam dalam kerangka Perlembagaan dan semangat Malaysia Madani.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu #RancakkanMadani
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah