
YB TMA Beri Penghormatan Terakhir Buat Almarhum Ustaz Dr. Muhammad Nur Manuty
June 30, 2025
YB TMA Tampil Dalam Sidang Meja Bulat Dakwah Komuniti Islam, di IAIS
July 1, 2025YB TMA Tampil Dalam Perjumpaan PMX Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Jun 2025







Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Jun 2025 di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya. Beberapa perkara penting dikongsi dan diperjelaskan oleh PMX antaranya merangkumi Kota Madani, SST, Kadar Elektrik dan Badan Kehakiman.
Kerajaan terbuka kepada kritikan yang bersandarkan fakta dan data bukan fitnah dan adu domba.
Saya lebih tertarik sebenarnya dengan penjelasan dan pencerahan mengenai makna Hijrah oleh PMX. Rasa bangga dan bukan biasa-biasa bila seorang Perdana Menteri sendiri memberikan tazkirah dan peringatan mengenai konsep hijrah.
PMX memetik surah al ahzab ayat 21, Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا ٢١
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Antara kupasan padu PMX adalah mengulas mengenai peranan wanita yang sangat penting dan kaitannya dengan hijrah. Wanita memainkan peranan yang sangat strategik bagi menjayakan hijrah Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam.
Baiah Aqabah pertama yang dikenali Baiat al-Nisa melihatkan wanita (Afra’ binti Ubaid bin Tha’labah) merupakan antara episod penting sebelum hijrah Rasul Sallallahu ‘alayhi wa-sallam.









Kemudian PMX mengupas peranan Asma Bint Abu Bakar Radiyallahu ‘anha. Asma’ memainkan peranan luar biasa bagi menjayakan hijrah Rasul Sallallahu ‘alayhi wa-sallam.
Asma’ bukan sahaja membantu menghantar bekalan makanan ke Gua Thur tetapi juga penyampai berita dan penyimpan rahsia yang bijaksana. Diriwayatkan ketika itu Asma’ sedang hamil dan juga dicederakan Abu Jahal. Peranan Asma’ ini menyumbang kepada kejayaan hijrah Rasul Sallallahu ‘alayhi wa-sallam.
Kita semua berterima kasih kepada Asma’ bint Abu Bakar seorang wanita yang berani dan bijaksana memainkan peranannya memastikan kejayaan Hijrah Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam.
Terima kasih PMX atas tazkirah yang diberikan hanya dalam masa beberapa minit sahaja tetapi sangat mengesankan. Sememangnya wanita adalah antara tonggak negara.










Dalam ucapannya juga, PMX menekankan bahawa konsep Hijrah perlu difahami sebagai transformasi menyeluruh melibatkan perubahan minda, rohani dan pembentukan nilai diri seperti integriti dan jati diri demi kemajuan negara. Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar menyokong usaha ini secara berterusan.
Selain itu, PMX menegaskan bahawa beliau tidak campur tangan dalam urusan institusi kehakiman, termasuk pelantikan hakim, yang harus dilaksanakan mengikut lunas Perlembagaan – bagi menjaga integriti sistem kehakiman negara.
Sebarang pelantikan atau penyambungan jawatan yang dilakukan atas desakan kumpulan tertentu akan mencemari integriti institusi kehakiman.
PMX menyatakan bahawa sebarang keputusan badan kehakiman adalah hak mutlak mereka, dan beliau tidak pernah terlibat dalam sebarang keputusan kehakiman.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah





