
YB TMA Santuni Komuniti Wangsa Maju & Hadiri Walimatul Urus Anakanda Prof Mohamed Aslam
July 2, 2025
Ibu Menteri Pendidikan terima Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq
July 2, 2025






Singgah sebentar mengunjungi Kedutaan Islam Republik Iran, untuk menandatangani buku takziah sebagai tanda penghormatan dan keprihatinan – terhadap tragedi yang berlaku baru-baru ini.
Atas semangat #IhsanUntukPalestin, kita mesti mempunyai tekad untuk membantu saudara kita yang dizalimi, khususnya di Gaza. Diiringi doa setulusnya. 🇮🇷🇵🇸🇲🇾
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sebelum ini mengecam serangan udara Israel ke atas wilayah Iran baru-baru ini, menyifatkannya sebagai tindakan ‘punitif’ dan ‘tanpa provokasi’ yang mencabuli undang-undang antarabangsa serta menggagalkan usaha diplomatik.
PMX berkata, serangan itu jelas bertujuan menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung dan menghancurkan harapan untuk penyelesaian damai di rantau itu.
“Tindakan sebegini dilakukan tanpa menerima sebarang akibat, merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, seterusnya menghakis norma-norma yang menjadi tonggak kepada ketertiban dunia.
“Kami menyeru kuasa-kuasa besar dan pihak yang berpengaruh supaya bersuara lantang dan bertindak tegas bagi mengekang peningkatan konflik,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-38 di Kuala Lumpur.






PMX menyuarakan kebimbangan terhadap operasi ketenteraan berterusan oleh Israel yang disifatkannya sebagai tragedi yang membawa kesengsaraan besar kepada penduduk awam yang tidak berdaya.
“Jumlah korban awam yang amat tinggi, terutamanya wanita dan kanak-kanak menuntut lebih daripada sekadar pernyataan simpati.
“Ia memerlukan tindakan antarabangsa yang bersepadu untuk menegakkan undang-undang kemanusiaan, memastikan gencatan senjata segera dan menjamin penghantaran bantuan tanpa halangan kepada mereka yang amat memerlukan,” katanya.