
Timbalan Menteri Agama Tandatangan Nota Takziah Di Kedutaan Iran
July 2, 2025
YB TMA Sertai Jelajah Syeikh Saad Nomani, Di Masjid Putra, Putrajaya
July 2, 2025








Rasa bangga dan terharu apabila menerima berita guru saya yang mulia, Almarhumah Prof. Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor, yang menerima Anugerah Saidina Abu Bakar As Siddiq (Tokoh Ar Ridzuan) atas sumbangannya dalam bidang keilmuan dan pembangunan Syariah.
Anugerah disampaikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Mesra dengan panggilan ‘Ustazah Siti’, Almarhumah adalah seorang tokoh wanita Islam, khususnya dalam bidang Syariah dan Undang-undang Islam. Beliau merupakan isteri kepada murabbi umat, Almarhum Prof. Dato’ Dr. Siddiq@Sidek Fadzil dan ibu kepada YB Fadhlina Siddiq, Menteri Pendidikan.
Dilahirkan pada 1949, beliau pelajar pertama Pengajian Islam UKM yang menyambung sarjana dalam undang-undang. Ustazah Siti aktif dalam pendidikan wanita dan banyak menulis serta menterjemah karya penting berkaitan isu wanita dan Islam.























Almarhumah telah dilantik menjadi Ketua HELWA ABIM selama empat penggal di bawah dua kepimpinan Presiden ABIM iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Ustaz Siddiq Fadzil dari tahun 1977 sehingga 1985. Ustaz Siddiq merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440H/2018M dan Tokoh Maal Hijrah Perak 1427H/2006M.
Ustazah Siti juga merupakan peguam syarie dan pengasas Diploma Kehakiman Islam UKM, selain pensyarah di Jabatan Syariah UKM. Almarhumah meninggal dunia pada 16 Jun 2024 dan dikebumikan di Kajang. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.
Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Allahummaghfirlaha warhamha wa’afiha wa’fu’anha. Al-Fatihah.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu #RancakkanMadani
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah