
YB TMA Sertai Jelajah Syeikh Saad Nomani, Di Masjid Putra, Putrajaya
July 2, 2025
Pertama Di Malaysia – Pengunjung Kini Boleh Solat Jumaat Di R&R Seremban
July 3, 2025
















Saya ternampak video pelajar yang berdemonstrasi mengkritik kerajaan dengan penuh bersemangat tetapi menyebut banyak fakta yang terang-terang salah dan tidak betul. Saya kongsikan data dan fakta yang ada direkodkan oleh agensi berkaitan.
-Inflasi 1.8% (headline inflation 1.2%) antara yang terbaik di dunia. Bahkan inflasi makanan adalah jauh lebih rendah berbanding semasa zaman kerajaan PN.
-Kadar Pengangguran antara terendah 3.1%
-Kadar Hutang Negara Menurun
-Kadar Defisit Fiskal Negara Menurun
-Indeks Kebersaingan meningkat ke tangga 23 dunia naik 11 anak tangga dari tangga ke-34
-Ringgit terus Mengukuh
-Harga RON 95 Kekal dan Harga RON 97 menurun Harga Diesel di Semenanjung menurun
-Pelancong Teramai Di Asia Tenggara Suku Pertama 2025 Mengalahkan Thailand dan lain-lain
-Perdagangan termasuk eksport dan lebihan dagangan meningkat.




Ini adalah hanya sebahagian dari fakta dan data yang menunjukkan keadaan sebenar. Sudah pasti ia tidak sempurna dan perlu ditambah baik. Kritikan dan teguran yang membina berdasarkan data dan fakta sahih adalah dialu-alukan.
Ia pasti bermanfaat kepada kerajaan untuk penambahbaikan. Semangat sahaja tidak cukup, tetapi ia mesti dilengkapi dengan ilmu, adab, budi, akhlak dan hikmah.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah