
Ibu Menteri Pendidikan terima Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq
July 2, 2025
Semangat Menegur Mesti Dilengkapi Dengan Ilmu, Adab & Hikmah – YB TMA
July 3, 2025









Alhamdulillah, dapat bertemu dengan Syeikh Saad Nomani, seorang ulama terkenal dalam bidang tilawah al-Quran. Turut hadir, YB Senator Dato’ Setia Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Syukur, program Syeikh di Malaysia yang dirancang beberapa bulan lalu bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) – semasa kunjungan Syeikh di pejabat saya, kini dilaksanakan dengan jayanya. Syeikh akan berada di Malaysia lebih kurang 2 minggu dan akan mengadakan pelbagai program dan kunjungan di masjid-masjid terpilih seluruh negara.





Terdahulu, saya menerima kunjungan Syeikh Qari Muhammad Saad Nomani Madani di pejabat saya pada bulan Mei 2025. Syeikh adalah imam, qari, ulama, dan hafiz yang berpangkalan di Madinah.
Beliau menguasai pelbagai gaya dan cara bacaan al-Quran dari seluruh dunia dan telah menerima anugerah daripada Gabenor Mekah dan Madinah atas bacaan Al-Qurannya.
Kami berbincang mengenai tawaran Syeikh untuk mengadakan program secara kerjasama melatih imam, muazzin dan anak-anak menguasai al-Quran dengan lebih baik.








Syeikh terkenal kerana kebolehannya membaca al-Quran dalam pelbagai gaya. Malam tadi beliau menggayakan bacaan Surah al-Fatihah oleh imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Beliau boleh menggayakan lebih daripada 100 gaya bacaan yang digunakan oleh para qari dan imam seluruh dunia.
Tahniah ABIM dan semua!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu #RancakkanMadani
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah