
Lawatan Kerja YB TMA ke Sabah, 3 hingga 6 Julai 2025
July 8, 2025
YB TMA Tampil Dalam Diskusi Siyasah Syariyyah Di ILIM, Bangi
July 9, 2025


Hadir merasmikan National Hibah and Trust Summit 2025 (Sidang Kemuncak Hibah dan Pengamanahan Kebangsaan 2025) di Asian International Arbitration Centre, Kuala Lumpur. Dalam ucapan, saya menyentuh isu kefahaman pengurusan harta khususnya umat Islam di Malaysia yang masih rendah.
Indeks Literasi kewangan Islam 2024 mendapati bahawa kefahaman tentang pengagihan harta mengikut syariat Islam berada dalam kategori “lemah”. Kefahaman tentang faraid adalah “sederhana rendah”. Kefahaman hibah adalah “lemah”. Kefahaman agihan harta melalui wasiat adalah “sangat lemah”.



Saya menyarankan golongan profesional yang mempunyai kepakaran dan ilmu disarankan agar berganding bahu dengan kerajaan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pengurusan harta selepas kematian, yang masih dianggap lemah.
Saya jelaskan bahawa perkara itu penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta mengelakkan berlakunya isu harta beku dan tidak dituntut, yang akhirnya merugikan umat Islam.
Saya nyatakan, “Kita memerlukan juga kerjasama daripada profesional hari ini, peguam-peguam yang mempunyai kepakaran, kemahiran, ilmu di dalam bidang pengurusan harta Islam ini.
“Saya ingin ajak semua untuk bersama-sama berganding tenaga, berganding bahu untuk kita memberikan kefahaman termasuk daripada aspek teknikalnya.
“Kita ingin lihat harta itu tidak beku, tetapi harta itu dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai, terutamanya waris-waris“.
Kerajaan menerusi agensi HEA seperti JAKIM, IKIM, YAPEIM, JKSM dan sebagainya telah banyak melaksanakan usaha memberi kesedaran dan kefahaman mengenai pengurusan harta. Namun, ia perlu diterus dan dipergiatkan lagi.
Malahan, semua pihak perlu berganding bahu memberikan pencerahan dan pencerdasan kepada masyarakat sebaiknya. Tahniah kepada penganjur atas inisiatif dan usaha yang sangat baik ini.

Ketika Sidang Kemuncak tersebut, saya turut bertemu dengan Puan Sharifah Shafika Alsagoff, peguam senior di Skrine, salah satu firma guaman terbesar di Malaysia. Saya belajar aspek bidang pemindahan hak milik hartanah (Conveyancing) dengan beliau semasa menjalani Latihan Dalam Kamar (Chambering) di Azmi & Associates.
Saya diterima masuk dan didaftarrai sebagai peguambela dan peguamcara pada 2003. Jangan lupa pada guru-guru kita yang berjasa.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah





