
Dakwah Lapangan – YB TMA Takluki Puncak Maragang, Sabah
July 8, 2025
Pengurusan Harta Pusaka: Golongan Profesional Disaran Kerjasama Dengan Kerajaan – YB TMA
July 9, 2025










Alhamdulillah, saya teruskan usaha menyantuni warga Sabah yang budiman dan baik hati, dan belajar untuk lebih memahami denyut nadi rakyat terbanyak. Lawatan kerja di Sabah kali ini diteruskan, bermula pada 3 hingga 6 Julai 2025, insya-Allah.
Sempat lagi kami adakan perlawanan futsal persahabatan pasukan TMA FC dan Anak muda Ranau menentang pasukan YADIM Sabah. Cuaca dingin dan memang sangat sesuai untuk bersukan. Perlawanan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan ukhuwah.










Meneruskan program di Rumah Putera Harapan, Ranau. Majlis Penutup Dakwah Lapangan USIM-ABIM 2025 dan Pelancaran Kelas Muallaf. Program Dakwah Lapangan ini antara cetusan idea Almarhum Prof. Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali (pensyarah USIM dan aktivis ABIM) sejak 12 tahun yang lalu.
Pelancaran Kelas Muallaf di RPH adalah sangat signifikan, memandangkan permintaan yang tinggi untuk kelas agama dan fardhu ain. Alhamdulillah, program Dakwah Lapangan ini adalah sangat baik.
Seramai 10 Pelajar USIM melaksanakan latihan amali dakwah lapangan di Sabah selama lebih 4 bulan. Ramai yang memuji anak-anak ini dengan akhlak yang baik dan kreativiti dakwah mereka. Tahniah USIM, ABIM Sabah, ABIM Ranau, RPH, YADIM dan semua!









Kami ziarah kelas ngaji dan pengajian agama inisiatif YADIM di Surau al-Hamid, Kampung Sedul Lama dan Surau Nurhalimah, Kampung Silau di Ranau, Sabah. Kawasan ini jauh ke pedalaman. Daei YADIM yang ditugaskan khusus akan datang mengajar penduduk kampung mengikut jadual yang diberikan.
Kami disambut dengan penuh mesra oleh orang-orang kampung dan sempat menyaksikan kelas pengajian al-Quran dikendalikan Daei Aidil dan Alfian. Kagum dengan semangat para asatizah muda ini yang meluangkan waktu masuk ke pedalaman untuk menyampaikan ilmu.
Kami serahkan sumbangan bakul kasih kepada penduduk dan sedikit wang saku kepada anak-anak yang datang mengaji di surau di sini. Diiringi doa setulusnya.




Pulang ke Putrajaya setelah selesai urusan di Sabah. Bergambar dengan barisan petugas yang banyak membantu kami sepanjang program. Juga sempat lagi adakan perbincangan gerak kerja yang lain bersama sahabat-sahabat sebelum terbang pulang.
Setinggi penghargaan kepada YADIM Sabah, ABIM Sabah dan semua yang terlibat menjayakan urusan kerja kali ini. Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah





