
YB TMA Ziarahi Keluarga Polis Bantuan di Kompleks Islam Putrajaya
July 17, 2025
Semarak Turath Islami 2025: Festival Ilmu & Ukhuwah di Selangor
July 22, 2025



















Alhamdulillah, Majlis Usrah Madani kali ini diteruskan lagi dengan Siri 11.0, mewacanakan tajuk “Peranan Wanita Dalam Bidang Keilmuan dan Pembangunan Negara” oleh Syeikh Dr. Muhammad Akram Nadwi.
Program yang dihadiri hampir 300 orang peserta ini bertujuan memperkukuh agenda MADANI dengan memberi ruang kepada pemikiran ilmiah serta menekankan peranan wanita dalam memacu pembangunan negara secara inklusif dan berteraskan nilai Islam, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Usrah telah disampaikan oleh ilmuan terkemuka, Syeikh Akram Nadwi, yang berkongsi pandangan dan ilmu berteraskan perspektif Islam dalam membina masyarakat berakhlak dan progresif.
Beliau merupakan seorang pakar hadith terkenal di United Kingdom dan menerbitkan ensiklopedia tentang ulama wanita Islam.























Sempat berbual dengan YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Penaung PUSPANITA Kebangsaan yang mesra dengan panggilan ‘Kak Wan’. Beliau berkongsi cerita bahawa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan wanita Muslim yang bertudung mampu cemerlang pada peringkat dunia.
Dan alhamdulillah, beliau telah berjaya membuktikannya. Sebagai graduan Royal College of Surgeons, Ireland beliau telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik dengan mendapat Pingat Emas MacNoughton-Jones pada 1977 mengatasi pelajar-pelajar lain.
Nama beliau terpampang di dinding RCSI dengan satu-satunya nama wanita Muslim yang mendapat Anugerah berprestij tersebut. Subhanallah!











Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Usrah Madani 11.0 ini. Program ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), PUSPANITA Cawangan KPWKM dan Pejabat Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YBhg Puan Sri Maheran Jamil, YDP PUSPANITA Kebangsaan; dan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





