
Usrah Madani 11.0 Perkukuh Peranan Wanita Dalam Pembangunan Negara
July 18, 2025
YB TMA Sertai Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan Madani, Di Port Dickson
July 22, 2025




Alhamdulillah, menerima undangan ke majlis meraikan tokoh-tokoh Festival Turath Islami Selangor 2025 di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Haji Amirudin Shari. Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang meraikan tokoh dan ulama Festival Turath Islami Selangor dari pelbagai negara seperti Maghribi, Syria, United Kingdom, Indonesia, Mesir, Thailand dan lain-lain.
Antara yang hadir, sekadar menyebut beberapa nama – Syeikh Dr. Mohammad Akram An-Nadwi (India/United Kingdom), Syeikh Dr. Majd Makki (Syria), Ustaz Dr. Adi Hidayat (Indonesia), Baba Haji Ghazali bin Ahmad al-Fathani (Thailand), serta para mudir dan tok-tok guru sekolah pondok.
Nampak kemesraan dan keakraban PMX dengan ulama dan tokoh-tokoh ilmuwan ini. Turut hadir YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Di JPM (Hal Ehwal Agama); YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan; dan dif-dif kehormat lain.





















Dalam ucapan, sambil menekankan kepentingan menekuni turath, PMX mengupas kitab ‘Munyatul Musolli’ karya Syeikh Daud al-Fathani. PMX ada menulis kupasan kepada kitab ini sewaktu mendekam di dalam penjara.
Catatan ini telah diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam bentuk buku berjudul ‘Keadilan Bagi Orang Yang Bersolat’. Juga makalah dalam Bahasa Inggeris berjudul ‘Justice for a Praying Person’ diterbitkan Jurnal Critical Muslim. Bukan biasa-biasa bila seorang Perdana Menteri sendiri menulis dan mengupas khazanah turath ‘Munyatul Musolli’ karya Syeikh Daud al- Fathani.







Alhamdulillah, usai di Kediaman Rasmi MB Selangor, suasana penuh indah dan damai di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Syarahan Perdana oleh Ustaz Dr. Adi Hidayat di Festival Turath Islami Selangor, dengan hadirin seramai lebih 10,000 orang.
Dr. Adi menyampaikan Syarahan dengan tema Pedoman Mendidik Anak ke Arah Menghargai Warisan Keilmuan Islam. Sudah seminggu program berjalan, tetapi tetap ribuan jemaah hadir mengimarahkan Masjid dan Festival Turath Islami Selangor 2025.











Terus fokus pada usaha membina dan bermanfaat bukan yang meruntuh dan menjatuh. Semuanya indah dengan nasihat dan pedoman, tiada kata-kata tidak sopan, tiada hasut menghasut, tiada salah menyalah, tiada kata mengata, tiada adu dan domba.
Malaysia perlu lebih banyak majlis ilmu aras tinggi sebegini. Tahniah Negeri Selangor Darul Ehsan!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





