Adab Bersyukur: Bukan Sekadar Ucapan; Ia Tindakan & Penghayatan – Timbalan Menteri Agama

Dakwaan Palsu Islam Terancam Untuk Kaut Sokongan Perlu Dihentikan – Timbalan Menteri Agama
July 24, 2025
YB TMA Terima Kunjungan Syeikh Dr. Haitham al-Haddad
July 24, 2025
Dakwaan Palsu Islam Terancam Untuk Kaut Sokongan Perlu Dihentikan – Timbalan Menteri Agama
July 24, 2025
YB TMA Terima Kunjungan Syeikh Dr. Haitham al-Haddad
July 24, 2025
Show all

Adab Bersyukur: Bukan Sekadar Ucapan; Ia Tindakan & Penghayatan – Timbalan Menteri Agama

@drzulkiflihasan

Alhamdulillah, bahagia mendengar pelbagai inisiatif MADANI yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri @anwaribrahimofficial (PMX) sebagai tanda penghargaan kepada rakyat. Islam mengajar kita untuk sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah Subhanahu wa-Taala, dengan memuji-Nya dan melakukan amal soleh sebagai tanda penghargaan. Janganlah kita menjadi golongan yang lalai kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala mengingatkan bahawa hanya sedikit hamba-Nya yang benar-benar bersyukur, dan ganjaran atau azab bergantung kepada sikap kita terhadap nikmat tersebut. Jom banyakkan selawat dan sebarkan kebaikan. Sollu ‘alan Nabiy! ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan. Terima kasih Kerajaan Madani yang begitu prihatin dan melakukan pelbagai usaha untuk kebaikan rakyat. Mungkin ada yang menganggap ia kecil tetapi percayalah – jutaan rakyat yang pasti mendapat manfaat besar pengumuman kerajaan ini.

Ada yang memperlekeh bantuan ‘one-off’ RM100. Perlu dinyatakan di sini bahawa setiap individu akan menerima RM100, bukan berdasarkan isi rumah.

Jika satu keluarga ada 8 orang termasuk anak berumur 19 tahun ke atas, jumlahnya boleh mencecah RM800. Bagi yang tidak memerlukan, digalakkan berkongsi rezeki dengan jiran yang lebih memerlukan – sedekahkan barang yang dibeli buat mereka.

Kalau nak tahu RM 100 itu besar nilainya ataupun tidak, cuba niatkan untuk bersedekah. Jika terasa berat nak bagi dan perlu fikir 2, 3 kali, itu tanda nilainya memang besar.

Islam mengajar adab bersyukur. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur. Al-Quran ada menegur mengenai sedikitnya orang yang bersyukur.

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Sangat sedikit antara hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah Saba’ (13)

Bagaimana bersyukur? Setiap kali menerima kebaikan, hendaklah kita memuji Allah Subhanahu wa-Ta’ala di atas segala nikmat yang telah dikurniakan sepertimana ungkapan Nabi Allah Sulaiman Alayhissalam:

هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ
Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.” (Surah al-Naml (40)

Lakukanlah juga amalan-amalan soleh dan kebaikan sebagai tanda syukur.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras“. (Surah Al-Nisa (7)

وَأَوْفُوا بِٱلْعَهْدِ ۖ إِنَّ ٱلْعَهْدَ كَانَ مَسْـُٔولًۭا

Dan sempurnakanlah janji, sesungguhnya janji itu pasti akan ditanya (dipertanggungjawabkan).” (Surah al-Isra: ayat 34)

Ayat ini menunjukkan bahawa janji adalah amanah, dan wajib disempurnakan, meskipun memerlukan masa. Menepati janji adalah tanda iman. Syukur, PMX telah menunaikan janjinya serta selesai kewajipan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, bagaimana pula dengan orang yang sentiasa mempertikai dan mencemuhnya, jawablah di hadapan Allah nanti.

Alhamdulillah, syukur Islam terus subur dan mekar di Malaysia. Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support