Dakwaan Palsu Islam Terancam Untuk Kaut Sokongan Perlu Dihentikan – Timbalan Menteri Agama

Ada yang bertanya mengenai perkembangan Islam di Malaysia sebab ada yang mengatakan Islam semakin terancam. Setulusnya saya jawab bahawa Islam makin subur dan mekar di Malaysia. Ulama dan umara bergandingan membina negara dan membentuk masyarakat berilmu, berbudi dan berhikmah.

Saya tegaskan dakwaan bahawa kedudukan Islam kekal subur dan terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, malah Kerajaan Madani terus memartabatkan Islam melalui pelbagai inisiatif strategik seperti Pelan Transformasi Al-Falah (PTF) yang melibatkan 14 agensi utama.

Kehadiran ulama antarabangsa seperti Syeikh Ali Qaradaghi, Syeikh Ali Jum’ah, Syeikh Yasir Qadhi, Maulana syeikh Tariq Jamil, Syeikh Dr. Mohammad Akram Nadwi, Syeikh Dr. Majd bin Ahmad Makki al-Halabi, Syeikh Saad Nomani, Ustaz Dr. Adi Hidayat, Ustaz Abdul Somad, Syeikh Mustapha Dib Bugha, dan ramai lagi – membuktikan Malaysia sebagai hab ilmu Islam yang subur.

Agenda pembangunan Islam di bawah Kerajaan Madani semakin kukuh – diperkukuh melalui peruntukan belanjawan yang besar untuk agensi-agensi Hal Ehwal Agama, penambahan guru KAFA, dan pengukuhan institusi kehakiman Syariah.

Era Madani telah menyaksikan beberapa RUU berkaitan Syariah yang bertujuan memperkemas institusi dan kerangka undang-undang Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Fokus Kerajaan Madani adalah memperkukuh pentadbiran agama, dengan menegaskan bahawa agenda Islam tidak terhalang. Naratif kononnya Islam terancam di negara ini adalah palsu dan tidak mencerminkan realiti perkembangan Islam yang pesat.

Naratif Islam terancam adalah palsu dan bermotif politik – Tuduhan kononnya Islam tergugat hanyalah dakwaan palsu untuk meraih sokongan dan mencetuskan sentimen. YAB Perdana Menteri sendiri menegur pihak yang menyebarkan cerita tidak benar dan fitnah seperti dakwaan kerajaan mahu mengubah status Islam dalam Perlembagaan.

Realitinya, Islam terus diperkasa dan subur di bawah Kerajaan Madani melalui pelbagai inisiatif termasuk pemantapan institusi agama serta keharmonian antara agama. Komitmen kerajaan memperkasa Islam dalam pelbagai aspek – Kerajaan Madani serius memperkukuh perundangan Syariah, pendidikan Islam, ekonomi Islam serta institusi wakaf dan zakat. Malaysia kini menjadi tumpuan ulama dunia dan pusat penyebaran ilmu Islam.

Inisiatif seperti Dasar Pendidikan Tahfiz, Waqf Madani, serta bantuan khas kepada imam dan guru agama membuktikan Islam bukan tergugat, malah semakin dimartabatkan dalam semua aspek kehidupan umat Islam di Malaysia.

Syukur, kita dapat melihat suasana harmoni, ukhuwah, dan ketenangan dalam pelbagai siri majlis ilmu yang dianjurkan oleh Kerajaan Madani. Ia memperlihatkan Islam semakin mekar dan tidak terancam. Ulama dan umara berganding bahu membina masyarakat beradab, berilmu dan berakhlak; hubungan akrab jelas kelihatan.

Kehadiran dan sokongan para alim ulama serta tokoh pondok terhadap dasar-dasar PMX dan Kerajaan Madani menunjukkan penghargaan atas sumbangan beliau sedari dulu kepada pembangunan Islam.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support