YB TMA Hadiri Usrah Di Outreach Oasis, Bukit Bintang

YB TMA Terima Kunjungan Syeikh Dr. Haitham al-Haddad
July 24, 2025
Tiada cawangan TH ditutup – Timbalan Menteri Agama
July 24, 2025
YB TMA Terima Kunjungan Syeikh Dr. Haitham al-Haddad
July 24, 2025
Tiada cawangan TH ditutup – Timbalan Menteri Agama
July 24, 2025
Show all

YB TMA Hadiri Usrah Di Outreach Oasis, Bukit Bintang

Alhamdulillah, saya lapangkan masa menghadiri Usrah di IOA-Outreach Oasis Bukit Bintang, dengan sesi perkongsian oleh guru yang kami hormati, Dato’ Hj Ahmad Azam Ab Rahman. Seronok dapat jumpa guru-guru dan sahabat-sahabat. Mendengar pengisian yang sarat dengan nasihat dan pedoman.

Sangat menginsafkan apabila Dato’ Azam berkongsi perkembangan terkini Afghanistan semasa kunjungan rasmi beliau ke sana, baru-baru ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah Subhanahu wa-Ta’ala, khususnya keamanan dan kestabilan.

Jangan benarkan apa-apa anasir yang cuba memecahbelahkan dan mengganggu gugat keamanan dan kestabilan negara.

Semasa sesi Usrah dibimbing oleh guru kami Dato’ Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman, saya terkesan dengan satu pandangan dan pemerhatian beliau. Dato’ Ahmad Azam mengatakan bahawa Malaysia sudah begitu subur dan meriah dengan kehadiran ulama-ulama besar dari seluruh dunia. Satu pengiktirafan besar kepada Malaysia, alhamdulillah.

Namun, beliau mengatakan ia tidak mencukupi jika ingin menjadikan Malaysia dapat mencapai maksud sebenar Madani. Sudah sampai masanya Malaysia juga disuburkan dan dimeriahkan dengan kunjungan, perhimpunan dan kehadiran para saintis terkemuka dunia.

Selain ulama dan agamawan, begitu ramai saintis Muslim dan bukan Muslim terkemuka di dunia termasuk Malaysia yang boleh menyumbang memberikan idea menyemarakkan daya cipta dan inovasi Malaysia Madani.

Ini mengingatkan saya pengalaman menghadiri sesi perkongsian dengan Professor Jackie Ying, antara Profesor termuda di MIT dalam bidang nanoteknologi yang memeluk Islam. Penyampaian beliau sangat menginspirasi dan mengesankan.

Jom semua, kita teroka dan usahakan idea penting ini. Malaysia Madani, ulama, umara’ dan saintis berpisah tiada.

Sedari bangku sekolah di Maahad Idrisiah, Kuala Kangsar sehingga kini, saya teguh dengan keyakinan bahawa Usrah dapat membina individu holistik melalui pengukuhan ilmu Islam, pembentukan sahsiah, ukhuwah, kepimpinan dan keprihatinan sosial.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support