Tiada cawangan TH ditutup – Timbalan Menteri Agama

YB TMA Hadiri Usrah Di Outreach Oasis, Bukit Bintang
July 24, 2025
Bangkit Bersama: PMX, Era Perpaduan & Lonjakan Ekonomi Malaysia
July 30, 2025
YB TMA Hadiri Usrah Di Outreach Oasis, Bukit Bintang
July 24, 2025
Bangkit Bersama: PMX, Era Perpaduan & Lonjakan Ekonomi Malaysia
July 30, 2025
Show all

Tiada cawangan TH ditutup – Timbalan Menteri Agama

@drzulkiflihasan

Alhamdulillah, hari ini saya tampil dalam Sesi Soal Jawab Lisan Dewan Rakyat JPM Hal Ehwal Agama (HEA). Saya tegaskan bahawa Islam terus diperkasa dan subur di bawah Kerajaan Madani. Kerajaan Madani serius memperkukuh perundangan Syariah, pendidikan Islam, ekonomi Islam serta institusi wakaf dan zakat. Malaysia kini menjadi tumpuan ulama dunia dan pusat penyebaran ilmu Islam. Islam semakin dimartabatkan dalam semua aspek kehidupan umat Islam di Malaysia. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Saya tampil dalam Sesi Soal Jawab Lisan hari ini di Dewan Rakyat. Naik dua Soalan kali ini, Nombor 2 oleh YB Bagan Serai dan Nombor 4 oleh YB Maran. Alhamdulillah, cuba memberikan jawapan dan pencerahan sebaiknya. Terima kasih semua anggota pasukan saya yang membantu menyediakan maklumat jawapan.

Di balik tabir jawapan lisan saya di Dewan Rakyat, ramai warga agensi JPM (Hal Ehwal Agama) yang membantu menyediakan maklumat dan jawapan. Syukur, semua memberikan komitmen padu dan memudahkan urusan di Parlimen.

@drzulkiflihasan

Alhamdulillah, hari ini saya tampil dalam Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat bagi menjawab dua soalan daripada YB Bagan Serai dan YB Maran, dengan sokongan padu pasukan serta warga agensi JPM (Hal Ehwal Agama). Saya tegaskan bahawa tiada cawangan Tabung Haji ditutup, sebaliknya perkhidmatan TH Gerak diperkenalkan untuk kemudahan pendeposit. Selain itu, Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 30 Julai ini dengan penyertaan 800 pelajar bagi menangani isu sosial remaja secara lebih menyeluruh. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ Epic and brave battle orchestra long version(1506108) – Shinnosuke Shibata

Saya tegaskan bahawa tiada mana-mana cawangan Tabung Haji (TH) yang ditutup setakat ini. Sebaliknya, cawangan yang mencatatkan transaksi rendah akan digantikan dengan perkhidmatan mudah alih untuk memberi kemudahan terus ke lokasi pendeposit – dikenali sebagai TH Gerak.

Sementara itu, saya jelaskan bahawa Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) Peringkat Kebangsaan pada 30 Julai ini susulan maklum balas positif peserta terhadap pelaksanaan awal program tersebut yang menyentuh isu-isu sosial kritikal dalam kalangan remaja dan belia.

Seramai 800 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan sekolah dijangka hadir bagi menyertai sesi kesedaran yang lebih menyeluruh dan berskala nasional.

Saya kemudiannya hadir ke Taklimat Pembentangan Laporan Tahunan dan Kewangan SUHAKAM, yang dipengerusikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Hari ini merupakan sesi perbahasan Laporan SUHAKAM di Parlimen.

Seramai 38 Ahli Parlimen berbahas Laporan SUHAKAM kali ini. Kemudian akan diikuti dengan penggulungan oleh Menteri atau Timbalan Menteri berdasarkan kandungan perbahasan Ahli Parlimen. Nampaknya Dewan Rakyat akan terus bersidang sehingga malam hari ini.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support