Diplomasi Cemerlang PMX – Hentikan Pertempuran, Selamatkan Nyawa

Bersama Anak Muda Malaysia di Timur Tengah, Menyemarakkan Madani – YB TMA
July 30, 2025
YB TMA Hadiri Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 2 Tahun 2025, Di Parlimen
August 4, 2025
Bersama Anak Muda Malaysia di Timur Tengah, Menyemarakkan Madani – YB TMA
July 30, 2025
YB TMA Hadiri Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 2 Tahun 2025, Di Parlimen
August 4, 2025
Show all

Diplomasi Cemerlang PMX – Hentikan Pertempuran, Selamatkan Nyawa

Malaysia Madani Memimpin. Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Mesyuarat ini diusahakan oleh Malaysia menerusi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) selaku Pengerusi ASEAN, dalam usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak dan memulihkan kestabilan di kawasan sempadan yang terjejas akibat konflik.

Peristiwa seperti ini berlaku kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang ada ketokohan dan dikenali di pentas dunia. Mesyuarat ini adalah sangat penting dan strategik.

ASEAN adalah antara rantau yang paling aman di dunia. Keamanan dan kestabilan ASEAN perlu dipelihara dan dipertahankan. Diiringi doa setulusnya. Sejarah baharu tercipta bagi negara kita.

Syukur Alhamdulillah, Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan pertempuran dan melaksanakan gencatan senjata. Tahniah PMX selaku perantara yang cemerlang. Hanya dalam masa beberapa hari konflik berlaku (bermula 24 Julai), alhamdulillah ketegangan dapat dihentikan.

Bayangkan berapa banyak nyawa dan harta benda dapat diselamatkan.

Presiden AS, Donald Trump sendiri gagal memujuk Thailand dan Kemboja menghentikan konflik walaupun mendesak secara langsung. Namun, PMX berjaya membawa kedua-dua pemimpin ke meja rundingan di Putrajaya dan mencapai gencatan senjata dalam tempoh beberapa jam.

Kejayaan ini hasil pendekatan diplomasi berhikmah dan hubungan erat Malaysia dengan kedua-dua negara, membuktikan kepentingan berbaik dengan semua.

Jiwa diplomat dan mediator adalah warisan turun-temurun orang Melayu, yang sejak dahulu mengutamakan rundingan untuk mengelak konfrontasi dan mencari penyelesaian damai demi manfaat bersama.

Malaysia, walaupun kecil dan jauh di timur, mempunyai kekuatan diplomasi dan peranan penting dalam memimpin keamanan dunia Islam melalui pendekatan berunding dan menjaga maqasid keamanan.

Luar biasa, diplomasi tahap tertinggi. Tahniah PMX!

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support