
Diplomasi Cemerlang PMX – Hentikan Pertempuran, Selamatkan Nyawa
July 30, 2025
RMK 13 Merintis Masa Depan Malaysia Yang Gemilang – YB TMA
August 4, 2025





Alhamdulillah, saya menghadiri Mesyuarat Majlis Sosial Negara dipengerusikan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Banyak perkara berkaitan isu-isu sosial negara dibentang dan dibincangkan.
Pelbagai usaha dan inisiatif dilaksanakan bagi menangani isu sosial dan mewujudkan masyarakat yang seimbang rohani, emosi, intelektual dan jasmani. Pemantauan dan penilaian diberi penekanan bagi memastikan keberkesanan.
Majlis ini merupakan platform penting dalam menetapkan hala tuju pembangunan sosial negara, seiring komitmen Kerajaan MADANI untuk membina masyarakat yang inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.
Bagi memperkukuh impak pelaksanaan dasar, keanggotaan MSN mulai tahun ini telah diperluaskan melibatkan kementerian-kementerian strategik seperti Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Wilayah Persekutuan.
Mesyuarat ini meneliti pelaksanaan Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 dan pembangunan Pelan Tindakan 2026–2030 yang menyelaras 44 dasar sosial utama.
MSN merupakan jentera penyelaras utama dasar sosial kebangsaan. Pelaksanaan DSN 2030 mesti dipacu secara bersasar dan berimpak tinggi, dengan pemantauan berkala, ukuran impak dan akauntabiliti tinggi oleh semua agensi.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





