
Majlis Ilmu Madani – Ketika Al-Quran Jadi Denyut Kepimpinan
July 30, 2025
Bersama Anak Muda Malaysia di Timur Tengah, Menyemarakkan Madani – YB TMA
July 30, 2025
Dalam sejarah Islam, Qunut Nazilah ini hanya dibaca oleh Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam dan para sahabat dalam perang melawan Musyrikin dan golongan murtad, ataupun ketika bencana seperti taun dan kebuluran.
Sedihnya zaman sekarang, ketika kita patut menujukan Qunut Nazilah terhadap rejim Zionis Israel, ada pula yang menujukannya terhadap lawan politik, bahkan ke atas seorang saudara Muslim sendiri.
Ini satu perbuatan yang boleh merosakkan kefahaman agama dan menyemai benih ekstrem dalam kalangan umat yang mesti dihentikan.





Eloklah Qunut Nazilah ini kita tujukan kepada Zionis Israel bukan pada saudara seMuslim kita sendiri. Sedih melihat ada yang membacakan Qunut Nazilah kepada saudara seMuslimnya sendiri.
Bahkan tertonton video menunjukkan seorang melakukan tuduhan keji yang boleh jatuh qazaf secara terang-terangan di hadapan ribuan manusia. Kebencian telah mengatasi kewarasan.
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ
Pengamalan Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam, para sahabat, tabi’in, serta pandangan daripada para ulama, merumuskan bahawa doa Qunut Nazilah tidak dibacakan ke atas saudara seMuslim.
Perbezaan dan perselisihan politik yang jatuh dalam perkara ijtihadi diharuskan perbezaan pandangan tidak sepatutnya membawa sampai sebegini. Tindakan membaca doa Qunut Nazilah ke atas saudara seIslam boleh membawa kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama.
Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam Surah al-Isra’ ayat 11:
وَيَدْعُ الإِنسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ ۖ وَكَانَ الإِنسَانُ عَجُولا
Maksudnya: Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.





Jom sebarkan salam, tuturkan kalimah tayyibah dan rapatkan ukhuwah. Sesungguhnya kita semua umat Islam adalah bersaudara. Usaha-usaha menanganinya telah dan sedang dilakukan. Doakan.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





