Majlis Ilmu Madani – Ketika Al-Quran Jadi Denyut Kepimpinan

YB TMA Hadiri Majlis Walimatul Urus Cucu Almarhum Ustaz Fadzil Noor
July 30, 2025
Doa Menyatu, Bukan Memecah – Hentikan Salah Guna Qunut
July 30, 2025
YB TMA Hadiri Majlis Walimatul Urus Cucu Almarhum Ustaz Fadzil Noor
July 30, 2025
Doa Menyatu, Bukan Memecah – Hentikan Salah Guna Qunut
July 30, 2025
Show all

Majlis Ilmu Madani – Ketika Al-Quran Jadi Denyut Kepimpinan

Majlis Ilmu Madani dimudahcarakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX). PMX secara konsisten meneruskan tradisi ini sejak zaman mudanya. PMX dan Majlis Ilmu berpisah tiada. Menampilkan tokoh hebat Syeikh Dr. Ahmad Essa El Masarawi, Yusuf Islam (Cat Steven), Dr. Haifaa Younis dan Sheikh Muhammad Heydara Al Jilani.

Syeikh Dr. Ahmad Essa berbicara mengenai peri penting kembali kepada al-Quran, Syeikh Yusuf Islam menceritakan kisah memeluk Islam dengan mengenali al-Quran dan merumuskan keindahan Islam dengan kesimpulan yang padu, Dr. Haifaa berkongsi pengalaman berada di Gaza dan mengajak semua untuk berbuat sesuatu sedayanya dan Syeikh Muhammad membimbing bacaan doa khas untuk semua.

PMX merumuskan perbincangan dengan menyentuh perkembangan terkini dunia, OIC, Palestin, aspek pendidikan, sains dan teknologi, termasuk konflik terkini yang berlaku di ASEAN.

Ini merupakan kali kedua saya dapat bertemu dan berbual dengan Syeikh Yusuf Islam. Syeikh Yusuf masih ingat dan mengenali saya, alhamdulillah. Syeikh memaklumkan bahawa sedang menyiapkan buku beliau judul yang masih belum dimuktamadkan ‘Cat on the Street to Find Out‘.

Projek buku ini dimulakan pada 2014 lagi dan beliau maklumkan ia sangat mendalam, refleksi kerohanian setelah memeluk Islam dan mengamalkannya. Dalam ucapan, Syeikh Yusuf malam tadi walaupun ringkas dan pendek tetapi padat dan padu.

Syeikh Yusuf mengupas secara bersahaja mengenai konsep ummah berasaskan kefahaman Tauhid. Semua Nabi dan Rasul membawa risalah Tauhid dan Islam adalah agama yang sempurna. Mendoakan Syeikh Yusuf terus sihat dan diberi kekuatan untuk berjasa dan berbudi.

Keesokan harinya, PMX tampil dalam Mesyuarat Khas Sesi Perundingan Damai Konflik Sempadan antara Thailand dan Kemboja yang dimudahcarakan oleh Malaysia sebagai orang tengah. Bukan mudah untuk menavigasi isu dan cabaran yang begitu kompleks dan rumit, kesemuanya memerlukan hikmah dan kebijaksanaan.

Kestabilan dan keamanan perlu dipertahankan dan dipelihara sebaiknya. Suasana Majlis Ilmu Madani begitu indah dan damai.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support