Qazaf & Fitnah Bukan Perjuangan – Ia Dosa Besar!

YB TMA Bertemu Syeikh Tareq Alsuwaidan – Strategis Ummah yang Menginspirasi
July 30, 2025
Mengenang Almarhum Dr. Muhammad Nur Manuty – Ilmuwan Wasatiyyah yang Dirindui
July 30, 2025
YB TMA Bertemu Syeikh Tareq Alsuwaidan – Strategis Ummah yang Menginspirasi
July 30, 2025
Mengenang Almarhum Dr. Muhammad Nur Manuty – Ilmuwan Wasatiyyah yang Dirindui
July 30, 2025
Show all

Qazaf & Fitnah Bukan Perjuangan – Ia Dosa Besar!

Menerima kiriman video semasa perhimpunan di ibu kota baru-baru ini – menunjukkan seorang yang berada dalam Masjid, rumah Allah sanggup melakukan tuduhan hina yang boleh jatuh Qazaf.

Walaupun tahu betapa besar dosa berkaitan tuduhan ini, masih ada yang tidak insaf, tanpa segan silu dan tanpa takut kepada Tuhan menyatakannya di khalayak ramai bahkan merakamkan kelakuannya itu di dalam Rumah Allah.

Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh AZAB SEKSA yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

(Surah al-Nur: 19)

Bersyukurlah dapat berhimpun secara aman tetapi jauhilah melakukan dosa terhadap Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan terhadap saudara kamu sendiri.

Pertama kali dalam sejarah, Perdana Menteri sendiri mengucapkan terima kasih dan mendoakan keselamatan peserta demonstrasi. Walaupun tujuan demonstrasi adalah untuk menjatuhkannya.

Walaupun, ada yang memfitnah dan melakukan tuduhan yang boleh jatuh qazaf. Malahan, Perdana Menteri meminta pihak polis untuk menjaga dan mempermudahkan perjalanan perhimpunan. Bukan itu sahaja, perkhidmatan pengangkutan awam juga diteruskan seperti biasa.

Cuba kita bandingkan pentadbiran dulu dan kini. Bagaimana pihak kerajaan menangani para demonstran. Rakyat marhaen memerhati dengan hati dan akal yang rasional, insya-Allah.

Jelas nampak perubahan dan transformasi yang berlaku di Malaysia. Luar biasa. Malaysia Madani terus mendunia.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support