YB TMA Bertemu Syeikh Tareq Alsuwaidan – Strategis Ummah yang Menginspirasi

Musalla IOI City Mall: Bukti Islam Tak Pernah Terpinggir
July 30, 2025
Qazaf & Fitnah Bukan Perjuangan – Ia Dosa Besar!
July 30, 2025
Musalla IOI City Mall: Bukti Islam Tak Pernah Terpinggir
July 30, 2025
Qazaf & Fitnah Bukan Perjuangan – Ia Dosa Besar!
July 30, 2025
Show all

YB TMA Bertemu Syeikh Tareq Alsuwaidan – Strategis Ummah yang Menginspirasi

Saya bertuah dapat bertemu dengan tokoh pemikir dan ‘strategist’, Syeikh Dr. Tareq Alsuwaidan. Saya mendengar dengan penuh khusyuk pandangan dan idea yang dilontarkan oleh Syeikh yang strategik dan terkehadapan.

Mendengar cerita dan pengalaman Syeikh dalam dunia dakwah, media, pendidikan dan perniagaan sememangnya mengasyikkan dan menginspirasi. Banyak yang boleh dipelajari dan diambil manfaat.

Mendoakan semoga Syeikh Tareq terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berbakti dan menyumbang kepada ummah. Walaupun baru beberapa kali bertemu dengan Syeikh tetapi seakan sudah kenal lama. Syeikh sangat merendah diri orangnya.

@drzulkiflihasan

Alhamdulillah, pertemuan dengan Syeikh Dr. Tareq Alsuwaidan sangat menginspirasi dengan perkongsian strategik dan pengalaman luas beliau. Walaupun baru beberapa kali bertemu, sifat rendah diri dan kemesraan Syeikh memberi kesan mendalam. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ الله يعلم – Abdulaziz Alrashed

Antara perkara yang menjentik pemikiran semasa berbincang bersama Syeikh Dr. Tareq Alsuwaidan ialah berkenaan dengan Madani. Apabila kami maklumkan mengenai agenda Madani termasuk usaha kami untuk mengarusperdanakannya pada peringkat serantau dan dunia, jawapan Syeikh betul-betul membuka minda.

Syeikh bersetuju dan menyokong idea Madani iaitu ketamadunan dan peradaban. Namun, Syeikh menasihatkan agar tidak terlalu sentimental dan romantika dengan menyingkap kegemilangan tamadun Islam yang lalu.

Apa yang perlu pada hari ini ialah meneroka konsep Ketamadunan Islam yang baharu bukan masa lampau, memikirkan ‘the Future of Islamic Civilisation‘. Apakah bentuk peradaban dan ketamadunan Islam di masa depan? Kebebasan, ekonomi, politik, sosial, kenegaraan, identiti, geo-politik dan hubungan antarabangsa, pendidikan, masyarakat sivil dan lain-lain.

Sudah pasti the Future of Islamic Civilisation ada perbezaan dengan Tamadun Islam yang lalu. Ini yang perlu diberi fokus dan perhatian sebaiknya. Dan inilah sebenarnya yang Malaysia Madani sedang usahakan.

Para ilmuwan dan pemikir kita perlu memikirkan segera perkara ini secara menyeluruh. Kita tolak ke tepi perbezaan mengenai perkara remeh dan ranting, terus fokus membina dan mencorak masa depan. Tiasa masa lagi untuk berlengah dan membuang masa dengan perkara yang sia-sia.

Bercadang untuk adakan wacana mengenai perkara ini berkisarkan the Future of Madani and Islamic Civilisation. Doakan.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support