
YB TMA Pengerusikan Mesyuarat Bersama Menteri Senegal, Di Tabung Haji
August 12, 2025
YB TMA & Suara JPM (Hal Ehwal Agama) di Parlimen – Kerja Terus, Demi Ummah
August 12, 2025





Alhamdulillah, menyaksikan Majlis Pertukaran 5 Memorandum Persefahaman (MoU) dan 3 Nota Kerjasama Malaysia–Bangladesh membabitkan bidang pendidikan, pertahanan, tenaga, perdagangan serta ekosistem halal. Saya mewakili JPM (Hal Ehwal Agama) menerima Nota Kerjasama dalam bidang halal.
Kerjasama turut melibatkan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) bersama Bangladesh Institute of International and Strategic Studies, MIMOS Services Sdn. Bhd. dengan Bangladesh–Malaysia Chamber of Commerce & Industry (BMCCI), serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dengan Federation of Bangladesh Chambers of Commerce and Industry (FBCCI).
Majlis ini mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia–Bangladesh dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan, pertahanan dan kerjasama strategik jangka panjang. Jelas nampak keakraban dan ukhuwah PMX dan Prof. Dr. Muhammad Yunus. Inspirasi dan pengajaran kepada kita, tentang bagaimana menjaga hubungan dengan pimpinan dan komuniti antarabangsa.











Kehadiran Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr. Muhammad Yunus dalam lawatan rasmi ke Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Lawatan ini adalah lawatan balas kepada lawatan rasmi ke Bangladesh pada Oktober 2024. Saya turut mengiringi PMX dalam Lawatan Rasmi ke negara tersebut.
Prof. Dr. Muhammad Yunus adalah sahabat baik PMX dan merupakan pemenang Anugerah Nobel Keamanan pada 2006. Mereka berdua mempunyai banyak persamaan, antaranya konsisten berusaha menoktah dan membasmi kemiskinan masyarakat sejak usia belia.
Komitmen awal PMX dalam membasmi kemiskinan bermula sejak zaman sekolah dan mahasiswa, termasuk mengetuai Demonstrasi Baling 1974 (bersama ABIM) dan menubuhkan Kelab MaraMunJangan (di MCKK) untuk membantu masyarakat yang memerlukan.
Peranan penting PMX dalam penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 1987, yang diinspirasikan daripada model Grameen Bank (yang diasaskan oleh Dr. Muhammad Yunus di Bangladesh), menjadi manifestasi keseriusan beliau dalam memperjuangkan ekonomi golongan miskin.
Usaha berterusan melalui inisiatif MADANI dan dasar ekonomi rakyat, menunjukkan konsistensi perjuangan PMX sejak dahulu hingga kini dalam membela golongan kurang berkemampuan.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





