YB TMA Pengerusikan Mesyuarat Bersama Menteri Senegal, Di Tabung Haji

Jangan Perlekeh Usaha Noktahkan Kemiskinan Tegar – Timbalan Menteri Agama
August 12, 2025
Dari Bank Grameen ke Gagasan MADANI: Kerjasama Malaysia–Bangladesh Perkukuh Agenda Rakyat
August 12, 2025
Jangan Perlekeh Usaha Noktahkan Kemiskinan Tegar – Timbalan Menteri Agama
August 12, 2025
Dari Bank Grameen ke Gagasan MADANI: Kerjasama Malaysia–Bangladesh Perkukuh Agenda Rakyat
August 12, 2025
Show all

YB TMA Pengerusikan Mesyuarat Bersama Menteri Senegal, Di Tabung Haji

Alhamdulillah, saya mempengerusikan mesyuarat bersama Puan Yang Terutama Yassine Fall, Menteri Integrasi Afrika dan Hal Ehwal Luar Negeri Republik Senegal dan delegasi. Turut hadir, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengerusi Tabung Haji dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, JAWHAR, Yayasan Waqf Malaysia, JAKIM dan wakil Kementerian Luar Negeri.

Perbincangan dua hala antara Malaysia-Senegal berfokuskan aspek halal, waqf, zakat, haji dan pentadbiran agama Islam. Senegal adalah negara majoriti Muslim (95%) dan berpotensi menjadi ‘pintu gerbang ke Afrika Barat’ iaitu pasaran baharu yang besar untuk Malaysia dengan lebih 500 juta penduduk.

Semasa berbual dengan PYT Madam Yassine, kami berkongsi pengalaman mengajar di Amerika; di mana beliau merupakan pensyarah Matematik di Washington DC di mana saya sendiri pernah mengajar di New York. Perbincangan berlangsung dengan penuh tertib dan produktif. Beberapa MOU akan dimuktamadkan antara kedua negara, insya-Allah.

PYT Yassine Fall turut diiringi oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan, Menteri Luar dalam kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX), di Perdana Putra.

Malaysia dan Senegal telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1986 dan terus bekerjasama secara mesra, termasuk dalam “Anggota Kumpulan Enam berkenaan Palestin” (Committee of Six on Palestine).

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support