YB TMA Tampil Dalam Simposium Quran Sedunia 2025

YB TMA Raikan Petugas Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa
August 13, 2025
YB TMA Tunai Solat Jumaat Di Surau MADANI R&R Seremban (Arah Selatan)
August 13, 2025
YB TMA Raikan Petugas Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa
August 13, 2025
YB TMA Tunai Solat Jumaat Di Surau MADANI R&R Seremban (Arah Selatan)
August 13, 2025
Show all

YB TMA Tampil Dalam Simposium Quran Sedunia 2025

@drzulkiflihasan

Menghadiri Simposium Quran Sedunia 2025 sempena MTHQA ke-65, yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Syukur, berpeluang bertemu dan mendengar Ucaptama oleh Shaikh Dr. Salah Al-Budair, Imam Masjid an-Nabawi, yang menyerikan majlis. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Alhamdulillah, menghadiri Simposium Quran Sedunia 2025 bersempena Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Kali ke-65 Tahun 2025. Syukur, bertuah dapat bertemu dan berbual ringkas dengan Shaikh Dr. Salah bin Muhammad Al-Budair, Imam Masjid an-Nabawi.

Beliau menyampaikan Ucaptama dalam Simposium kali ini. Simposium ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Ketika berbual dengan Duta Besar Yaman ke Malaysia, TYT Dr. Adel Mohamed Ba Hamid, beliau menceritakan pengalaman ayahandanya berkunjung ke Malaysia selama lebih kurang empat bulan.

Ayahanda beliau sangat suka dan kagum dengan kemakmuran dan keindahan Malaysia – sehingga menulis sebuah buku mengenai Malaysia berjudul ‘Jannatullah Fil Ard’ atau Syurga Allah di Bumi. Allahu akbar!

Dr. Adel memberi pesanan, peliharalah keamanan dan kestabilan Malaysia sebaiknya. Alhamdulillah, syukur jadi rakyat Malaysia.

Terdahulu, gembira dapat bertemu pelajar pasca siswazah UIAM yang mengadakan lawatan ke Parlimen. Banyak memori dan kenangan di UIAM sebagai mahasiswa dan pebtadbir. Diiringi doa setulusnya untuk UIAM.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support