
YB TMA Tampil Dalam Simposium Quran Sedunia 2025
August 13, 2025
PMX di Ijtima’ MADANI Ulama: Bangun Negara dengan Nilai, Bukan Sentimen
August 13, 2025












Saya dan pasukan menunaikan Solat Jumaat di Surau Madani – di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan), Negeri Sembilan. Walaupun sekadar niat hadir untuk Solat Jumaat, tapi disambut oleh pengurusan PLUS, LLM dan ahli qaryah. Kami hargai setulusnya.
Surau ini merupakan Surau R&R Pertama yang mendapat keizinan menunaikan Solat Jumaat dari Majlis Agama Islam. Alhamdulillah, ramai sungguh yang datang Solat Jumaat – sehingga melimpah ke bahagian luar.
Saya sempat bertegur sapa dengan jemaah dan peniaga. Semua merasa bersyukur dan gembira dengan kemudahan dan inisiatif Solat Jumaat di sini. Kami juga dihidang dengan pelbagai juadah. Terharu rasanya layanan oleh pihak PLUS dan LLM.
Makanan percuma juga disediakan inisiatif para peniaga dan PLUS untuk jemaah yang hadir. Memang pemurah rakyat Malaysia.















Kami hadiahkan kopiah bersulam Malaysia Madani kepada pengurusan PLUS, LM dan warga Surau.
Sebelum ini, saya Solat Jumaat di Surau IOI Mall Putrajaya. Juga sangat meriah, pusat beli belah yang menyediakan kemudahan solat Jumaat. Malaysia sememangnya sangat mesra ibadah.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





