Riadah & Ukhuwah: TMA FC Terus Menang, Julang Semangat Madani Di Padang!

MAPPA 20: Amanat PMX & Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam
August 18, 2025
YB TMA Ziarahi Ustaz Hariri Daud, di Ampang
August 19, 2025
MAPPA 20: Amanat PMX & Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam
August 18, 2025
YB TMA Ziarahi Ustaz Hariri Daud, di Ampang
August 19, 2025
Show all

Riadah & Ukhuwah: TMA FC Terus Menang, Julang Semangat Madani Di Padang!

Riadah Madani kembali lagi – kali ini Perlawanan Persahabatan Bola Sepak menentang pasukan Kelab Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Alhamdulillah, semakin banyak menerima pelawaan untuk perlawanan persahabatan daripada pelbagai pihak.

Perlawanan kali ini berkesudahan dengan jaringan gol 6-4, di mana pasukan TMA FC mengekalkan rentak kemenangan. Tetap berikan sehabis baik, walaupun saya terpaksa keluar awal – kerana kecederaan ringan. Usai di padang bola, terus bergegas ke Masjid Besi untuk sesi Bicara Eksekutif Karamah Insaniah Adab Seorang Muslim anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perlawanan yang bermula pada jam 5:00 petang dan berakhir sekitar 7:00 malam ini telah menyaksikan keakraban dan semangat kesukanan tinggi ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan.

Hadir sama memberikan sokongan ialah YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM, serta YAA Tuan Haji Asri Tahir, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Kehadiran pimpinan ini menyerikan lagi suasana sambil memberi dorongan moral kepada para pemain.

Penganjuran program riadah ini tidak hanya bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal, tetapi juga berperanan sebagai wadah mempereratkan hubungan strategik antara JKSM dan Pejabat YB Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) melalui pendekatan santai dan mesra rakyat.

Program Riadah Madani Bola Sepak ini juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuhkan semangat kebersamaan, kerjasama, dan ukhuwah di kalangan warga pentadbiran Islam negara.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support