
YB TMA Tampil dalam NCF 2025; Fokus Perkukuh Strategi Jenama Berasaskan Data & Inovasi
August 18, 2025
Riadah & Ukhuwah: TMA FC Terus Menang, Julang Semangat Madani Di Padang!
August 18, 2025


































Alhamdulillah, menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-20. Suasana sungguh meriah dengan ribuan penjawat awam memenuhi Dewan PICC, Putrajaya mendengar amanat dan perkongsian YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX).
Majlis berprestij yang menghimpunkan lebih 30,000 anggota perkhidmatan awam ini turut menjadi medan pengumuman penting berkaitan insentif, pembangunan profesional serta pengukuhan peranan perkhidmatan awam dalam mendukung agenda Malaysia MADANI.

















PMX telah menyempurnakan majlis ini dengan amanat berinspirasi, menggariskan tekad dan hala tuju bagi memperkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam negara. Beberapa pesanan penting PMX kepada semua penjawat awam dan juga rakyat Malaysia secara umumnya.
Dalam ucapannya, PMX telah mengumumkan penambahbaikan skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA); dan memperkasa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebagai pusat rujukan kecemerlangan perkhidmatan awam di rantau Asia dan global.
PMX juga menyentuh tentang Inisiatif Program APEL.Q @ INTAN diteruskan untuk tahun 2026 dengan jumlah peruntukan RM1.5 juta; serta penambahbaikan kemudahan cuti Haji.
Turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi kerajaan dan warga perkhidmatan awam dari seluruh negara, majlis ini menjadi medan penyatuan semangat, iltizam, dan komitmen demi Malaysia MADANI yang lebih sejahtera dan berdaya saing.








Mengucapkan tahniah kepada sahabat saya – bekas Ketua Polis Selangor, Komisioner Polis Datuk Hussein bin Omar Khan yang dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN). Kami pernah sama-sama di United Kingdom menyambung pengajian satu waktu dulu.
Dapat juga bertemu dengan alumni UIAM, YBhgia Tan Sri Dato’ Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara dan Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara dan sahabat-sahabat lain.
Diiringi doa semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





