
YB TMA Ziarahi Ustaz Hariri Daud, di Ampang
August 19, 2025
Riadah Madani: Memelihara Alam, Menyubur Ruhani
September 1, 2025




Alhamdulillah, usai Riadah Madani – perlawanan bola sepak menentang pasukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terus bergegas bersiap untuk memenuhi undangan ke program “Bicara Eksekutif Karamah Insaniah Adab Seorang Muslim” anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya – lebih 500 orang pelajar serta guru sekitar Putrajaya dan Kajang hadir memeriahkan Bicara Eksekutif kali ini.
Turut hadir YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan bersama pasukan pengurusan KPM. Walaupun beliau sibuk dan akan bergegas ke Utara tanah air untuk program seterusnya, masih singgah mendengar Bicara Eksekutif Karamah Insaniah ini.
Kali ini, saya mengupas mesej Karamah Insaniah dalam konteks Hijrah Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam. Mengaitkan kepentingannya dengan cabaran era pasca normal. Saya sentuh sedikit keadaan manusia yang semakin hilang empati dan kemanusiaan seperti dalam kes buli di sekolah.












Saya juga menceritakan kisah sahabat Abu Zar Radiyallahu ‘anhu yang ditegur keras oleh Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam kerana masih mengamalkan sikap jahiliyah iaitu menyakiti hati Bilal yang berkulit gelap. Menyentuh tentang adab dan akhlak serta peri pentingnya pembinaan karakter.
Saya sudahi perkongsian dengan mengajak semua jemaah untuk sama-sama membaca hadis bil mahabbah wa rahmah. Saya menyeru kepada semua untuk elak menyebarkan fitnah dan kebencian, sebaliknya bersama menyuburkan kedamaian dan keharmonian.
Moga jiwa dan hati anak-anak ini dipenuhi dengan kasih sayang bukan kebencian, insya-Allah. Tahniah KPM. Diiringi doa setulusnya.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





