
Adab & Empati: Membina Peribadi Muslim Era Pasca Normal
August 19, 2025
Produktiviti, AI dan Jiwa Besar: Amanat Segar Daripada PMX
September 1, 2025








Alhamdulillah, aktiviti Riadah Madanditeruskan. Rekreasi santai – sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Sambil daki gunung, sambil kutip sampah.
Kita suburkan rasa prihatin kepada alam sekitar – bersempena Hari Kebangsaan. Teringat pengalaman menawan Gunung Kinabalu bersama warga OKU IIUM tepat 31hb Ogos 2022.
Syukur, saya dan pasukan selamat sampai di puncak Gunung Angsi, Kuala Pilah. Perjalanan lebih 10 km naik dan turun. Belum pulih sepenuhnya selepas Riadah Madani – perlawanan bola sepak Jumaat lalu. Cedera ringan sewaktu berdepan pasukan JKSM. Tapi tetap kuatkan semangat raikan anak muda yang menyertai pendakian. Jom riadah; barulah selesa nak beribadah! ⛰️🏞️






Walaupun hanya dirancang dalam tempoh singkat, akhirnya selesai misi menawan Gunung Angsi bersama dengan anak muda anjuran YADIM Melaka/Negeri Sembilan, KYNS, ABIM Kuala Pilah, JPKK Kampung Gedang dan JPKK Kampung Ulu Bendul. Semua selamat ke puncak dan turun dengan jayanya.
Pendakian santai-santai sambil menikmati keindahan alam dan kemakmuran tanah air kita. Juga mengutip sampah membersihkan kawasan pendakian khususnya di puncak. Semasa ucapan ringkas pembukaan, saya berpesan kepada semua peserta untuk hayati semangat Hari Kebangsaan, tanamkan sifat cintakan tanah air dan berusaha sebaiknya untuk menyumbang sedayanya kepada negara.




Kita merasa sangat bersyukur negara kita aman damai, dipelihara Allah Subhanahu wa-Ta’ala dari bencana, ekonomi yang semakin baik dan kestabilan yang dicemburui ramai.
Seronok dapat mendaki dengan ramai anak muda hari ini juga sahabat-sahabat Kuala Pilah.
Terima kasih dan tahniah YADIM, KYNS, ABIM KP, JPKK Kampung Gedang dan JPKK Kampung Ulu Bendul. Jom riadah; barulah selesa nak beribadah! ⛰️🏞️
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





