
Doa Buat Malaysia & Indonesia: Ukhuwah Serumpun, Harapan Senusantara
September 1, 2025
24 Hari, RMK13 & 19 RUU Lulus: Dewan Rakyat Ditangguh, Amanah Rakyat Diteruskan
September 1, 2025



















Alhamdulillah, sampai awal untuk acara penting ini. 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Ribuan hadirin sudah memenuhi ruang Putrajaya seawal pagi untuk menyaksikan perarakan dan persembahan istimewa Hari Kebangsaan. Selamat Hari Kebangsaan Ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia. Majlis sambutan yang penuh gilang gemilang.
Syabas dan setinggi tahniah kepada semua petugas termasuk yang menyertai perarakan dan melakukan persembahan, lebih 14,000 orang semuanya. Lebih 2,000 anak-anak yang membuat persembahan di pentas utama juga begitu mengagumkan. Hebat anak-anak ini. 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 100,000 rakyat serta penglibatan 81 kontinjen, dan pelbagai aset pertahanan negara. Turut diiringi 21 pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset Angkatan Tentera Darat serta Tentera Udara Diraja Malaysia, dan 116 ekor haiwan.











YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyampaikan penghargaan kepada semua yang terlibat, termasuk 2,000 pelajar dalam persembahan grafik manusia bertema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.
Selepas keberangkatan pulang Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, PMX sempat meluangkan masa hampir lima minit bertemu para peserta perbarisan serta orang ramai yang masih setia berada di lokasi.
PMX mencuri perhatian apabila sanggup berjalan hampir 500 meter di sepanjang laluan utama Dataran Putrajaya bagi beramah mesra dengan pengunjung yang hadir ke Sambutan Hari Kebangsaan 2025. Ketibaan beliau disambut sorakan orang ramai yang teruja melihat kehadiran pemimpin negara itu, selain tidak melepaskan peluang merakam gambar dan bersalaman.
Sepanjang laluan, PMX meluangkan masa menegur secara mesra pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, warga emas dan pelancong asing yang turut membanjiri sambutan bersejarah itu.
PMX menekankan semangat perpaduan, kekitaan dan cinta tanah air sebagai asas untuk Malaysia terus maju, harmoni dan berdaya saing.
“Saya bangga dengan anak-anak, pertunjukan terbaik dalam sejarah Malaysia, belajar rajin-rajin,” kata PMX ringkas.
Sambutan yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, selain Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2025.





















Antara yang paling saya suka dalam acara sambutan ini adalah ketepatan waktu. Majlis dimulakan tepat jam 8 pagi sepertimana yang dijadualkan. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sampai tepat jam 7:59 pagi menaiki kereta Satria Neo.
Majlis juga berakhir tepat jam 10 pagi. Luar biasa. Antara petunjuk kualiti kepimpinan adalah amalan menepati masa. Alhamdulillah, Malaysia bertuah kerana punya pemimpin dan ulil amri yang baik.
Imam As-Shafi’e rahimahullah pernah berkata:
“الْوَقْتُ كاَلسَّيْفِ، فَإِنْ قَطَعْتَهُ وَإِلَّا قَطَعَكَ ، وَنَفْسُكَ إِنْ لَمْ تَشْغَلْهَا بِالْحَقِّ وَإِلَّا شَغَلَتْكَ بِالْبَاطِلِ”“Waktu itu bagaikan pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia yang akan menebasmu, dan dirimu jika tidak disibukkan dengan kebaikan, pasti akan tersibukkan dengan hal yang sia-sia.”
Jom semua, kita berdoa kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia. 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Syukur alhamdulillah, Malaysia terus aman damai, makmur dan sejahtera dilimpahi nikmat dan rahmat Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Ayuh semua, kita satukan hati dan jiwa untuk negara. Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





