24 Hari, RMK13 & 19 RUU Lulus: Dewan Rakyat Ditangguh, Amanah Rakyat Diteruskan

Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Merdeka Dirai
September 1, 2025
Perpaduan Disemai, Madani Disubur: Institusi Agama Benteng Ummah, Pemerkasa Semangat Kemerdekaan
September 1, 2025
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Merdeka Dirai
September 1, 2025
Perpaduan Disemai, Madani Disubur: Institusi Agama Benteng Ummah, Pemerkasa Semangat Kemerdekaan
September 1, 2025
Show all

24 Hari, RMK13 & 19 RUU Lulus: Dewan Rakyat Ditangguh, Amanah Rakyat Diteruskan

Secara rasminya Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan pada 28 Ogos 2025, setelah bersidang selama 24 hari dan akan bersidang semula pada 6 Oktober- 4 Disember depan. Dewan Rakyat menyaksikan 19 rang undang-undang dan RMK13 telah diluluskan.

Turut diluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 dan usul Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2023. Tiga penerangan menteri dan empat penerangan Jawatankuasa Pilihan Khas telah dibentangkan.

Dewan Rakyat juga meluluskan pindaan terhadap Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi meningkatkan akauntabiliti badan eksekutif kepada Dewan Rakyat manakala Jawatankuasa Pilihan Khas dinaik taraf sebagai Jawatankuasa Pilihan Tetap.

Begitulah urusan di Dewan Rakyat. Jadual yang amat padat dan sentiasa meriah dengan gelagat ahli Parlimen yang sentiasa diperhatikan rakyat.

222 Ahli Parlimen kini boleh menumpukan masa mereka di kawasan masing-masing dan akan bersidang semula pada Oktober nanti. Saya pula masih perlu menghadiri sidang Dewan Negara yang bersidang sehingga 10 September ini.

Akan terus berkongsi info dan maklumat mengenai urusan dan perjalanan Parlimen. Harap ada manfaatnya dan pembaca boleh memahami peranan dan fungsi Parlimen dengan lebih baik. Kerja dan terus kerja! ✊

Sempat bertemu dengan sahabat saya, Sdra. Syairoz dan Sdra. Ryo Nakubo. Sdra. Ryo Nakubo, ahli perniagaan dari Nagasaki, Jepun menyatakan tertarik dengan sistem dan suasana Parlimen di Malaysia.

@drzulkiflihasan

Sesi Jawab Lisan JPM (Hal Ehwal Agama) Dalam sesi soal jawab lisan, saya menjawab soalan No. 9 Ahli YB Senator Tuan Haji Hussin Ismail. Saya menjelaskan berkenaan cadangan menambah bilangan Maktab berhampiran Masjidil Haram untuk mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Alhamdulillah, pada 26 Ogos 2025, meneruskan tugasan di Parlimen. Sesi soal jawab lisan di Dewan Negara dan kemudian menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat. Turut adakan beberapa pertemuan dan membincangkan gerak kerja untuk kemaslahatan rakyat terbanyak.

Saya menerima kunjungan Cikgu Yaakob di Parlimen, guru subjek sejarah saya semasa di sekolah dulu. Lebih 30 tahun tidak berjumpa. Cikgu Yaakob sudah bersara dan alhamdulillah masih sihat dan aktif.

Sejarah adalah subjek kegemaran saya di sekolah dan memang sentiasa mendapat A, syukur. 🤲 Cikgu Yaakob antara yang berjaya menyemai minat saya pada subjek sejarah.

Terima kasih Cikgu. Moga sentiasa sihat dan diberi kekuatan untuk terus menyumbang bakti. Ukhuwah hingga ke akhirnya, insya-Allah.

Sebelum ke Parlimen untuk bertugas, ambil ruang untuk menghantar anak-anak muda di KLIA 1, Sepang, bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan ke bumi Syria. Pelbagai usaha dan sumbangan telah dilaksanakan seperti pembinaan perumahan, sekolah, masjid, kemudahan asas dan lain-lain.

Moga diberkati segala usaha dan amal. Diiringi doa semoga selamat pergi dan pulang, insya-Allah.

@drzulkiflihasan

Alhamdulillah, Sidang Dewan Negara bermula dengan sesi soal jawab lisan dan upacara angkat sumpah tiga Senator baharu, termasuk sahabat saya – YB Senator Dr. Jufitri Joha. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) membentangkan RMK13 pada persidangan ini. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Alhamdulillah, sidang Dewan Negara bermula pada 25 Ogos 2025. Dalam sesi soal jawab lisan, saya menjawab soalan No. 9 daripada YB Senator Tuan Haji Hussin Ismail. 3 Senator baharu mengangkat sumpah termasuk sahabat baik saya, YB Senator Dr. Jufitri Joha – yang mewakili DUN Negeri Sembilan.

Hari pertama juga menyaksikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) sendiri membentangkan RMK13 di Dewan Negara.

Saya mengharung hari yang agak sibuk di Parlimen. Perbincangan, pertemuan, menerima kunjungan dan mesyuarat di samping hadir sesi soal jawab lisan dan perbahasan di kedua-dua dewan – Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Minggu di mana Parlimen sangat meriah kerana Dewan Negara dan Dewan Rakyat bersidang serentak. Ada pengalaman menjawab di sesi soal jawab lisan di kedua-dua dewan dalam hari yang sama.

Perlu bergegas ke Dewan Negara untuk menjawab soalan setelah habis menjawab di Dewan Rakyat dan sebaliknya. Pengalaman amat berharga.

@drzulkiflihasan

SESI KAMAR KHAS JPM (HAL EHWAL AGAMA) Saya menjelaskan isu tanah perkuburan Islam di kawasan Parlimen Bukit Bendera. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Meneruskan tugasan dalam Sesi Soal Jawab Lisan di Kamar Khas pada 19 Ogos 2025. Kamar Khas memberikan ruang dan peluang tambahan kepada Ahli Parlimen untuk menanyakan soalan kepada kerajaan – memandangkan masa yang amat terhad dan jadual padat di Dewan Rakyat.

Inisiatif Kamar Khas ini sangat bagus dan ia juga beri lebih masa untuk soal jawab lisan berbanding di Dewan Rakyat. Alhamdulillah, saya menjawab soalan dari Ahli Parlimen Bukit Bendera.

Saya tegaskan bahawa walaupun tanah masih mencukupi buat masa ini, isu kapasiti jangka panjang diberi perhatian. Kerajaan Persekutuan bersedia bekerjasama dengan kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri dalam merancang pengurusan lebih sistematik seperti model perkuburan berpusat dan sistem e-Pusara.

Terima kasih semua anggota pasukan saya serta agensi JPM (Hal Ehwal Agama) yang membantu menyediakan maklumat.

Alhamdulillah, sebelum bertugas di Kamar Khas di Parlimen, adakan perbincangan bersama pemikir-pemikir; merencana dan menstrategikan agenda pembangunan ummah, di Putrajaya.

Mendengar, mengumpul dan mencerakinkan pandangan-pandangan dan input berharga tokoh-tokoh yang sudah lama menyumbang dan berjasa dalam masyarakat pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Saya meluangkan waktu di dalam kesibukan urusan di Parlimen untuk berbincang dan bertukar pendapat dalam pelbagai perkara denagn aktivis Global Peace Mission (GPM) Malayisa. Dari perihal kemanusiaan, hal ehwal dakwah dan agama serta masa depan negara.

Sesi perbincangan dan sumbang saran sebegini penting agar dapat menyantuni keperluan dan memahami realiti yang perlu ditangani dengan hikmah dan kebijaksanaan.

@drzulkiflihasan

Alhamdulillah, perbincangan bersama Madani Research Centre (MRC) memberi pendedahan tentang pelbagai inisiatif, khususnya teknologi AI yang berpotensi meningkatkan kualiti perkhidmatan, produktiviti, pertumbuhan serta menilai dasar dan polisi kerajaan. Pertemuan ini turut mempereratkan lagi hubungan dengan Dr. Madhi Hasan, Haji Ahmad Lutfi Abdul Mutallip serta pengurusan MRC, selain mengenang pengalaman chambering di Azmi & Associates pada tahun 2003. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Meneruskan tugasan di Parlimen pada 21 Ogos 2025. Menyusun gerak kerja dengan teliti, agar urusan pentadbiran dapat digerakkan dengan tadbir urus yang cemerlang. Sementara ada waktu senggang di Parlimen, saya keluar sebentar menghadiri perbincangan bersama Madani Research Centre (MRC).

MRC merupakan institut penyelidikan dasar, polisi dan advokasi bagi merealisasikan nilai-nilai Malaysia Madani. Banyak inisiatif dan usaha yang dilakukan.

Namun, antara yang menarik minat saya ialah teknologi AI dibangunkan yang boleh membantu secara efisyen dari sudut kualiti perkhidmatan, produktiviti, pertumbuhan termasuk menilai dasar kerajaan.

Dapat bertemu dengan sahabat saya Dr. Madhi Hasan, Pengerusi MRC, Haji Ahmad Lutfi Abdul Mutallip dari Azmi & Associates yang juga Penasihat Kanan MRC dan pengurusan MRC yang lain.

Saya pernah menjalani Latihan Dalam Kamar atau “Chambering” di Azmi & Associates dan diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara pada 2003. Terima kasih Madani Reseach Centre atas perkongsian.

Selesai sesi penggulungan RMK13 bagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 18 Ogos 2025. Mengucapkan terima kasih kepada semua warga agensi yang membantu menyediakan maklumat dan maklum balas.

Walaupun telah diberi penjelasan dan fakta yang betul, namun berita-berita palsu terus menular dalam media sosial bahkan dikongsikan terus menerus tanpa takut dosa dan azab Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Tiada permohonan maaf mahupun usaha untuk memperbetulkan fakta. Sepatutnya yang diinginkan adalah pahala yang mengalir tetapi dosa pula yang mengalir deras.

Takut-takut ada yang jadi muflis di akhirat kelak. Nauzubillahi min zalik.

Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam bertanya:

أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ؟ قَالُوا : الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لاَ دِرْهَمَ لَهُ وَلاَ مَتَاعَ ، فَقَالَ : إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ ، وَصِيَامٍ ، وَزَكَاةٍ ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا ، وَقَذَفَ هَذَا ، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا ، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا ، وَضَرَبَ هَذَا ، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Maksudnya: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”

Para sahabat menjawab: “Orang yang muflis dalam kalangan kami adalah orang yang sudah tidak lagi memiliki dirham dan harta benda.”

Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam bersabda: “Orang yang muflis adalah orang yang datang pada hari Kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasa, namun dia datang dalam keadaan dahulu pernah mencaci maki si fulan, menuduh dan memfitnah fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan.

Amal-amal kebaikannya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang tersebut. Jika hak yang pernah dia langgar belum dapat dipenuhi semuanya, sedangkan amal-amal kebaikannya sudah habis, maka kesalahan-kesalahan mereka diambil lalu dipikulkan ke belakangnya. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.”

Riwayat Muslim (2581), Ahmad (8829) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (338)

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support