Perpaduan Disemai, Madani Disubur: Institusi Agama Benteng Ummah, Pemerkasa Semangat Kemerdekaan

24 Hari, RMK13 & 19 RUU Lulus: Dewan Rakyat Ditangguh, Amanah Rakyat Diteruskan
September 1, 2025
Deklarasi Serumpun MALINDO MADANI: Ilmuwan Malaysia-Indonesia Satukan Tekad
September 1, 2025
24 Hari, RMK13 & 19 RUU Lulus: Dewan Rakyat Ditangguh, Amanah Rakyat Diteruskan
September 1, 2025
Deklarasi Serumpun MALINDO MADANI: Ilmuwan Malaysia-Indonesia Satukan Tekad
September 1, 2025
Show all

Perpaduan Disemai, Madani Disubur: Institusi Agama Benteng Ummah, Pemerkasa Semangat Kemerdekaan

Alhamdulillah, hadir merasmikan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 – bagi pihak YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya, yang berlangsung meriah walaupun hujan.

Saya sentuh tentang ibrah sejarah penjajahan dan peranan institusi agama – saya tegaskan bahawa penjajahan bukan hanya fizikal tetapi juga pemikiran; ulama, madrasah dan pondok menjadi benteng menentang penjajah silam serta menyemai semangat kemerdekaan.

Saya juga mengupas cabaran pasca normal dan menyeru kesatuan semua pihak – institusi agama perlu bersedia dengan ilmu dan kemahiran baharu; pentingnya wahdatul qalb, wahdatul fikr, wahdatul khayr serta berpandukan Gagasan Madani sebagai panduan perubahan.

@drzulkiflihasan

Alhamdulillah, perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan JPM (Hal Ehwal Agama) 2025 berlangsung meriah walaupun hujan, dengan penekanan kepada sejarah penjajahan, peranan ulama dan institusi agama dalam memperjuangkan kemerdekaan, serta cabaran baharu era pasca normal. Saya tekankan keperluan institusi agama memperkukuh ilmu, kesatuan hati, fikiran dan amal, berpandukan Gagasan Madani sebagai idea pandu untuk kesinambungan perjuangan dan perubahan. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, serta Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, Tuan Haji Mustakim Mohamad bersama-sama kepimpinan tertinggi agensi Hal Ehwal Agama.

Sambutan turut dimeriahkan dengan Selawat oleh Ustaz Aiman Ridwan, Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Antarabangsa, gimik pelancaran bulan kebangsaan, persembahan silat oleh pasukan silat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, diikuti nyanyian lagu-lagu patriotik oleh kumpulan Al-Ehya, alumni Darul Quran JAKIM dan diceriakan oleh anak-anak Taska Mawaddah JAKIM yang hadir bersama menyalakan semangat cintakan tanah air.

Acara bacaan ikrar serta pengibaran Jalur Gemilang turut menjadi acara penting majlis, melambangkan tekad dan perpaduan semua warga dalam menanamkan semangat cintakan kedaulatan negara.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support