YB TMA Rasmikan Penutup Ijtima’ Sanawi Persatuan Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

YB TMA Ziarahi Keluarga Petugas JAKIM Yang Baru Kembali Ke Rahmatullah
October 1, 2025
Gema Palestin di Sidang ASEAN: Malaysia Desak Hentikan Kezaliman di Gaza
October 14, 2025
YB TMA Ziarahi Keluarga Petugas JAKIM Yang Baru Kembali Ke Rahmatullah
October 1, 2025
Gema Palestin di Sidang ASEAN: Malaysia Desak Hentikan Kezaliman di Gaza
October 14, 2025
Show all

YB TMA Rasmikan Penutup Ijtima’ Sanawi Persatuan Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Alhamdulillah, menyampaikan ucaptama di Majlis Perasmian Penutup Ijtima’ Sanawi Persatuan Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Institut Aminudin Baki, Bandar Enstek.

Tahniah PPSABK atas kejayaan menganjurkan Ijtima-Sanawi yang sangat baik. Saya berpeluang berkenalan dan berinteraksi dengan pengetua-pengetua SABK seluruh Malaysia yang semuanya berpengalaman luas dalam dunia pendidikan.

SABK sememangnya banyak berjasa kepada negara. Seiring dengan peredaran zaman yang telah memasuki era pasca normal, SABK perlu bersedia dengan segala persiapan mendepani cabaran yang semakin kompleks dan rumit. Diiringi doa setulusnya.

Alhamdulillah, sewaktu merasmikan majlis penutup di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, dapat bertemu guru saya, Ustazah Zainab Hussein semasa di Madrasah Idrisiah.

Kini Ustazah Zainab berkhidmat sebagai Pengetua SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah, Ustazah Zainab nampak sihat dan terus bersemangat dalam dunia pendidikan yang serba mencabar hari ini.

Ustazah banyak berjasa membimbing dan memberi tunjuk ajar. Saya pernah menjadi pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah dan Ustazah adalah penasihat pada ketika itu. Ukhuwah hingga ke akhirnya.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

📸 Shafiq (Media YB TMA)

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support