Gema Palestin di Sidang ASEAN: Malaysia Desak Hentikan Kezaliman di Gaza

YB TMA Rasmikan Penutup Ijtima’ Sanawi Persatuan Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
October 14, 2025
Belanjawan Madani 2026: Islam Terus Subur di Malaysia
October 14, 2025
YB TMA Rasmikan Penutup Ijtima’ Sanawi Persatuan Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
October 14, 2025
Belanjawan Madani 2026: Islam Terus Subur di Malaysia
October 14, 2025
Show all

Gema Palestin di Sidang ASEAN: Malaysia Desak Hentikan Kezaliman di Gaza

Alhamdulillah, saya hadiri Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) Pertanyaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX). Soalan berkisar pendirian Kerajaan Madani terhadap pelan damai Konflik Palestin-Israel dan tahap persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

PMX menegaskan bahawa beliau akan menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, agar mengambil pendirian tegas dalam menghalang segala bentuk pencerobohan dan penjajahan terhadap Gaza dan Palestin.

PMX berkata, gesaan itu akan disampaikan ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober ini. Sementara itu, PMX juga menyatakan tidak bersetuju dengan penggunaan papan tanda pelbagai bahasa untuk menarik pelancong asing.

Beliau menekankan bahawa kemudahan di lapangan terbang sudah memadai tanpa perlu papan tanda dalam pelbagai bahasa seperti Arab. PMX berkata, ia bukan suatu keperluan yang mendesak untuk memastikan Malaysia menjadi destinasi mesra pelancongan global.

PMX walaupun diketahui kepadatan jadualnya tetap komited hadir menjawab sendiri setiap Selasa jam 10 pagi soalan-soalan Ahli Parlimen. Contoh dan tauladan yang baik. Jika ada yang ingin merancang melawat Parlimen, saya nasihatkan agar datang pada Sesi PMQT. Terus kerja, demi umat!

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support