
Misi Sumud Nusantara & Freedom Flotilla buka mata dunia terhadap kezaliman Israel – YB TMA
October 14, 2025
Wacana Syariah, Nilai Sejagat: Ekonomi Islam Di Persada Dunia – YB TMA
October 15, 2025






Sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pagi ini.
Saya tegaskan bahawa stesen TV dan radio Islam seperti TVAlhijrah, IKIMfm dan TV Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM giat melaksanakan pendigitalan, penjenamaan semula, serta strategi kandungan yang lebih segar dan mesra anak muda, termasuk penggunaan data analitik dan platform penstriman.
Gerakan transformasi digital dijalankan seperti pelancaran aplikasi AlHijrah Plus, penggunaan platform media sosial, serta penjenamaan semula kandungan agar lebih kontemporari.
Selain itu, ketiga-tiga stesen meneruskan program ilmiah dan dakwah seperti Bual Bicara Syariah serta mengukuhkan kerjasama antara agensi melalui perkongsian sumber, sambil mengekalkan kepelbagaian pendekatan untuk capai pelbagai segmen masyarakat.



Terima kasih kepada semua pegawai agensi yang membantu menyediakan maklumat. Terus kerja, demi umat! Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani
📸 Hamzah (Pejabat YB TMA)





